Penduduk jadi kecoh air laut tiba-tiba surut, dakwa tsunami besar bakal datang. Tular baru-baru ini sebuah video yang memperlihatkan air laut di Pantai Sampur Bangka Belitung (Babel), Indonesia menjadi surut hingga terlihat hamparan pasir yang luas dan jelas.
Memetik Kompas.com, penduduk dan masyarakat yang melihat kejadian tersebut menzahirkan kerisauan air yang surut itu merupakan pertanda akan berlakunya tsunami. Dapat dilihat juga perahu nelayan terdampar di tengah-tengah laut berpasir.
Melalui video yang tular itu, orang ramai dipercayai penduduk tempatan bagaimanapun mengambil kesempatan berkumpul di kawasan pantai bagi menyaksikan sendiri fenomena tersebut.
Setelah video berkenaan menjadi tular dan kebimbangan orang ramai mengenai potensi tsunami, perkara berkenaan menarik perhatian pihak berkuasa tempatan yang kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan bagi menjernihkan suasana.
Ketua BPBD Bangka Belitung, Mikron Antariksa berkata, orang ramai tidak perlu risau kerana hal tersebut merupakan satu fenomena bermusim yang biasa dan ia akan kembali ketika air pasang.
“Fenomena ini berlaku apabila masuknya musim barat dan dipengaruhi oleh bulan. Dalam pada itu, Bangka Belitung juga tidak termasuk dalam kawasan aktif gempa bumi hingga menyebabkan tsunami,” jelas Kompas.com.
Bagaimanapun, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah mitigasi berikutan cuaca ekstrem yang berpotensi masih melanda kawasan Kepulauan Bangka Belitung.
Menurutnya, potensi bencana yang paling dominan untuk berlaku adalah taufan dan juga banjir.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Klimatologi (BMKG) Pangkalpinang meramalkan bahawa hujan sederhana hingga lebat disertai dengan kilat masih berpotensi melanda beberapa kawasan di Bangka Belitung.
Antara kawasan yang mungkin terjejas akibat cuaca buruk itu adalah Sijuk, Kelapa kampit, Dendang, Nasik Strait, Belinyu, Air Gegas, Girimaya, Rangkui dan Taboali.
BACA:
Kevin Zahri akhirnya buat akuan tentang agama barunya
Tular tandas stesen minyak tiada penghadang, “boleh membuang sambil sembang ni”