Tular tandas stesen minyak tiada penghadang, “boleh membuang sambil sembang ni”

Tular tandas stesen minyak tiada penghadang boleh membuang sambil sembang ni

Tular tandas stesen minyak tiada penghadang, “boleh membuang sambil sembang ni”. Selepas berjalan jauh, mesti ramai yang akan berhenti sebentar di stesen minyak untuk mengisi

minyak kenderaan dan membuang air di tandas awam. Bercakap mengenai tandas awam pula, isu kebersihan tandas antara yang selalu menjadi aspek penting dalam mencari tandas awam yang selesa untuk digunakan.

Baru-baru ini pula, perkongsian dari seorang wanita ini meraih perhatian ramai apabila dia berkongsikan keadaan tandas awam yang ditemuinya. Menerusi video yang dimuat naik itu, wanita tersebut berhenti di sebuah stesen minyak untuk singgah ke tandas buat sementara waktu.

Namun sebaik sahaja dia masuk ke tandas itu, dia berasa terkejut melihat keadaan tandas itu yang tidak mempunyai ruang privasi. Berbeza dengan tandas awam yang lain, tandas yang dimasukinya ini tidak mempunyai partition malah kedua-dua mangkuk tandas itu diletakkan bersebelahan dengan satu sama lain.

Dalam masa yang sama, ruang di dalam tandas itu juga terbuka luas menyebabkan orang lain dapat melihat satu sama lain semasa membuang air. Walaupun tidak mempunyai dinding partition seperti biasa, tandas itu berada dalam keadaan yang bersih dan lengkap dengan kemudahan lain yang selalu dijumpai di tandas awam.

Tular tandas stesen minyak tiada penghadang, "boleh membuang sambil sembang ni"

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berasa terhibur melihat keadaan tandas yang dikongsikan ini. Malah ada yang mendakwa mungkin juga tandas tersebut masih belum siap diubah suai dan sedang menunggu bahagian dinding partition yang masih belum sampai untuk dipasang.

@ainishangloo Tragedi Oktober #tragedioktober #tiktokmalaysia🇲🇾 #kupasrah ♬ suara asli – cintaulamadanhabaib – nasehatulamadanhabaib

“Lepas tu sambil membuang boleh bersembang dengan orang sebelah. Takde lah rasa takut.”

“Partition order shopee belum sampai lagi, sementara boleh borak-borak orang sebelah…”

“Kena bawak pintu sendiri kot.”

“Save budget sangat ni, tak buat pintu.”

BACA:

Nama Najib dicalonkan jadi Ahli Parlimen Pekan

KKM arah semua restoran label kalori setiap makanan

Pemuda datang naik motosikal daftar sendiri masuk Universiti dipuji

CATEGORIES