Kevin Zahri akhirnya buat akuan tentang agama barunya

Kevin Zahri akhirnya buat akuan tentang agama barunya

Kevin Zahri akhirnya buat akuan tentang agama barunya. Pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahri yang sering disoal isu agama yang dianutinya akhirnya menjelaskan perkara sebenar melalui akaun TikTok peribadinya semalam.

Berdasarkan perkongsian video beliau, Kevin mendedahkan dirinya dahulu membesar sebagai seorang Kristian dan kini merupakan saudara baru dalam Islam atau dengan erti kata lain beliau adalah seorang mualaf.

“Nama saya bukan Kevin Zahri Bin Abdul Ghaffar (sekarang) tetapi Kevin Nicholai Christopher Zahri (ketika itu) dan bapa saya Muslim berbangsa Melayu manakala ibu saya beragama Kristian berasal dari Jerman,” kata Kevin.

Kevin yang juga dikenali sebagai Cikgu Fitness Malaysia ini juga mengakui beliau mula mendalami agama Islam selepas beliau dan bapanya kembali ke Malaysia.

“Beliau (bapa) mendapat hidayah tentang keagamaan beliau sendiri serta mulai sedar tentang tanggungjawab untuk memimpin anak-anak dan ketika itulah bapa saya mula mendedahkan kami kepada agama Islam dengan bimbingan Ustaz,” ujar Kevin.

Kevin Zahri akhirnya buat akuan tentang agama barunya

Jurulatih tampan itu mengakui bahawa agak sukar untuk beliau menerima dan menghadam perihal dan perubahan berkaitan agama.

“Saya tidak terus menerimanya pada hari pertama, saya mengambil masa yang lama untuk mempersoalkan agama A dan agama B.

“Begitulah serba sedikit berkaitan latar belakang saya dari segi keagamaan, bermula dengan menganuti agama Kristian dan kini saya adalah seorang Muslim,” ujar Kevin.

Pendedahan dan penerangan bapa kepada dua orang anak ini menerima pelbagai komen positif daripada netizen yang sudah lama menantikan jawapan beliau, rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur serta meninggalkan kata-kata sokongan di ruangan komen beliau.

“Alhamdulillah. Moga terus berjuang sampai syurga tuan Kevin!,” komen seorang netizen.

“Alhamdulillah, saya suka sikap coach (jurulatih) yang sangat berterus terang dan sentiasa menjawab apa jua soalan, semoga sentiasa berjaya di dunia dan akhirat,” tulis seorang netizen lagi.

“Suka sangat cara dan penerangan jurulatih, sangat terperinci dalam menerangkan sesuatu walaupun soalan yang agak sensitif,” komen netizen yang lainnya.

Untuk rekod, Kevin Zahrin mempunyai beberapa laman sesawang sendiri yang memuatkan kandungan berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan seperti kevinzahri.com, cekodok.com dan embun web.

BACA:

Kenali mesin ATM paling tinggi di dunia

Kehilangan ‘misteri’ Rusdi Ramli akhirnya terjawab

Individu dakwa cicit-38 Nabi, ini jawapan padu Ustaz Azhar

CATEGORIES