Kehilangan ‘misteri’ Rusdi Ramli akhirnya terjawab

Kehilangan misteri Rusdi Ramli akhirnya terjawab

Kehilangan ‘misteri’ Rusdi Ramli akhirnya terjawab. LAMA kita tidak nampak pelakon Rusdi Ramli muncul dalam mana-mana drama atau filem sejak kebelakangan ini.

Rupa-rupanya Rusdi mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan dan kali terakhir menjalani penggambaran drama adalah tiga bulan lalu.

Tidak berkecil hati apabila tiada tawaran kerja, namun aktor ini mengakui bimbang kerana dia tidak mempunyai pendapatan lain selain lakonan.

“Tak kecil hati tapi cuak tiada kerja. Saya tiada back up, itu masalahnya. Memang betul-betul ini sahaja (pendapatan),” katanya kepada mStar.

Rusdi berkata demikian ketika ditemui di sidang media pra pelancaran filem animasi Tun Teja yang diadakan di Royle Chulan, Damansara pada Rabu.

Kehilangan'misteri' Rusdi Ramli akhirnya terjawab

Ditanya adakah dia lebih selesa mengarah daripada berlakon, Rusdi berkata kedua-duanya menyeronokkan dan mempunyai cabaran tersendiri.

“Ini dua benda yang berbeza. Jadi pengarah pun seronok… berlakon pun seronok. Dua-dua ada cabaran!

“Tapi inilah putaran dia, semua orang akan melalui benda yang sama saya rasa,” katanya lagi.

Berkongsi perkembangan terkini, Rusdi berkata dia ada menerima tawaran lakonan namun ia hanyalah janji mulut semata-mata.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama akan datang.

Kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon.
RUSDI RAMLI
PELAKON/PENGARAH

“Akan datang ada… tapi sekarang ini yang banyak janji mulut… yang tangguh pun banyak juga.

“Masih ada lagi orang panggil saya berlakon… kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon, kebanyakkan macam itu la.

“Tapi bagusnya mereka akan tanya… masih belakon lagi ke? Saya beritahu masih (berlakon).

“Mungkin sebab persepsi… tapi alhamdulillah kebanyakannya masih bertanya termasuk penerbit juga bertanya kepada saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa dia memilih karya tertentu menyebabkan wajahnya jarang muncul di televisyen.

“Nak eksklusif macam mana di Malaysia ini, lainlah kalau kita banyak buat job international! Kalau setakat drama Melayu ini tak payah nak eksklusif sangatlah,” tambahnya.

BACA:

Nama Najib dicalonkan jadi Ahli Parlimen Pekan

KKM arah semua restoran label kalori setiap makanan

Tom Cruise buat kerja gila lagi, berlakon luar angkasa pula

CATEGORIES