Netizen puji 2 gadis ni tolong bapa jual habis 2 ekor lembu, “tapi ada benda lain yang terperasan..”. Dua Gadis Berjaya Tolong Ayah Jual Licin 2 Ekor Lembu Dalam Sehari, Tapi Ramai Tak Puas Hati Pula. Dah kenapa pula ye?
Tak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah.
Dalam situasi PKP yang semakin mencabar ini, pelbagai inisiatif di lakukan oleh anak-anak muda demi mencari sesuap rezeki untuk menampvng kehidupan. Pelbagai strategi dan teknik pemasaran digunakan demi melariskan produk yang dijual. Dari teknik mulut manis melayan pelanggan ketika menjual sehinggalah teknlk meletak wanita cantik untuk membantu melariskan jualan.
Di Kepala Batas, Kedah,lain pula kisah dua gadis ini yang menjual daglng lembu di gerai tepi jalan. Penjual daging kebiasaannya sinonim dengan lelaki, tapi kemunculan dua gadis cantik ini di gerai daging lembu mencuri perhatian ramai. Menurut perkongsian oleh Cik Kartun Omey, mereka baru sahaja buka gerai jualan pada waktu pagi, tapi dua beradik ini telah berjaya menjual sehingga dua ekor lembu.
“Alhamdulillah…kmi adik bradik settle jual 2 ekoq daglng lembu pgi ni…kesimpulannyer…jgn malu tuk mencari rezeki sesuap nasi..insyaallah..jumpa lg tahun depan,,,
Perkongsian gadis yang menggunakan nama facebook Cik Kartun Comey dan Farra Saad mencapai sehingga 2.1k perkongsian, 2.2k komen dan mendapat sehingga 2.4 ribu tanda suka dari netizen.
Antara komen netizen:
Tj Zainal: Alhamdulillah…x ramai anak2 gadis sangup tolong pak die camni…lebih suka main tik tok jek….x pun buka fb komen kecam org sana sini…..untung bapak de anak camni…🤗
Norazman Azmi: Elok ke xelok blakang kira..yg penting marketing kena pandai..good job..selipar goreng tepung pun laku keras makalau lagu ni..
Nazrey Masry: berniaga itu bagus… cuma jika boleh perbaiki cara berpakaian…
Mohd Zackie Shariff: Ok la, muka cantik potong daging.. jgn muka cantik abiskan duit buaya..
Sentiasa Mengingatimu: Klu tengok gambar ni xde yg pelik pun..biasa je..cuma klu orang dengki tu yg pelik tu.. buat cerita bukan2 sbp nak bagi org yg dia dengki tu malu
sajagempak.com – Dua Gadis Berjaya Tolong Ayah Jual Licin 2 Ekor Lembu Dalam Sehari, Tapi Ramai Tak Puas Hati Pula
Cik Kartun Omey juga turut memanjatkan rasa bersyukur atas kurnian rezeki dan sempat berkongsi gambar bersama Abah dan mendoakan suapaya Abah dipanjangkan umur dan selalu mendapat rezeki seperti itu untuk setiap tahun.
“Alhamdulillah….syg abah…semoga Abah dipannjangkn umur..n dapat macam ni dengan abah setiap tahun”
BACA:
“Dusuki dengki la tu!”, Ustaz Pas kena kecam selepas marah Anwar ceramah dalam masjid
Farid Kamil jadi Anwar Ibrahim, Acha jadi Wan Azizah – “Tak sabar tengok filem ni!”
Budak 2 tahun bertarung nyawa selepas tertelan bateri yang kini dah meletup dalam perut