“Dusuki dengki la tu!”, Ustaz Pas kena kecam selepas marah Anwar ceramah dalam masjid

“Dusuki dengki la tu!”, Ustaz Pas kena kecam selepas marah Anwar ceramah dalam masjid

“Dusuki dengki la tu!”, Ustaz Pas kena kecam selepas marah Anwar ceramah dalam masjid. Hantaran dimuat naik oleh pendakwah ustaz Ahmad Dusuki di Instagram meraih perhatian dan mengundang kritikan sesetengah pihak.

Menerusi Instagram, ustaz Dusuki dilihat memuat naik gambar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mendakwa beliau memberikan ceramah di sebuah masjid terletak di Pulau Pinang.

Untuk rekod, minggu lalu nama ustaz Dusuki antara 16 individu yang tersenarai tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Disebabkan itu, beliau mempersoalkan sama ada Anwar Ibrahim mempunyai tauliah sehingga dibenarkan menyampaikan ceramah di masjid tersebut.

Meskipun begitu, ramai netizen yang menyelar tindakan ustaz Dusuki kerana menyebarkan fitnah sedangkan dirinya berstatus agamawan.

"Dusuki dengki la tu!", Ustaz Pas kena kecam selepas marah Anwar ceramah dalam masjid

Beberapa individu yang mengakui berada di lokasi tersebut tampil menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim tidak bercakap soal politik atau berkempen di dalam masjid itu.

Kata seorang saksi, beliau hanya memberi ceramah berkenaan keadilan dalam Islam dan kasih sayang malah apabila ditanya soal politik, Anwar Ibrahim mengajak mereka bersembang di luar masjid.

Ustaz chill k. Banyak lagi masjid and surau dalam Malaysia ni. Jangan busuk hati sangat.”

Netizen malah mengkritik ustaz Dusuki kerana terlalu mengikut perasaan disebabkan perbezaan pilihan dalam politik sehingga ‘mengharamkan’ keluarga mengundi parti Anwar Ibrahim.

BACA:

Farid Kamil jadi Anwar Ibrahim, Acha jadi Wan Azizah – “Tak sabar tengok filem ni!”

Budak 2 tahun bertarung nyawa selepas tertelan bateri yang kini dah meletup dalam perut

Masalah LRT berulang, netizen mahu Anthony Loke masuk campur, kecam Wee Ka Siong

CATEGORIES