Farid Kamil jadi Anwar Ibrahim, Acha jadi Wan Azizah – “Tak sabar tengok filem ni!”

Farid Kamil jadi Anwar Ibrahim, Acha jadi Wan Azizah – “Tak sabar tengok filem ni!”

Farid Kamil jadi Anwar Ibrahim, Acha jadi Wan Azizah – “Tak sabar tengok filem ni!”. Seorang pengguna Twitter, baru-baru ini berkongsi foto menunjukkan pelakon Farid Kamil dan Acha Septriasa bakal bergandingan bersama dalam sebuah filem.

Difahamkan filem yang diterbitkan oleh Bianglala Entertainment dari Indonesia itu mengisahkan tentang perjuangan Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli politik di Malaysia.

Weyhh!! Filem tentang @anwaribrahim akan jadi kenyataan!! Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan 2 negara. Yg akan jadi Anwar Ibrahim @FaridKamilZ . Yang akan melakonkan watak @drwanazizah adalah @septriasa_acha . Director pula @vivawesti ! Tak sabar weyh!
???? pic.twitter.com/JpmWo9Pjef — Mad Marquez (@madmarquez) November 7, 2022

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Farid Kamil (@faridkamilz)

Farid Kamil jadi Anwar Ibrahim, Acha jadi Wan Azizah - "Tak sabar tengok filem ni!"
Menerusi perkongsian tersebut, Farid Kamil dikatakan akan memegang watak sebagai Dato’ Seri Anwar Ibrahim manakala Acha Septriasa pula memainkan watak Dr. Wan Azizah.

Beberapa foto sedutan dari filem berkenaan turut dikongsikan di laman Instagram Farid Kamil dan pelakon lain namun tidak banyak informasi berkaitan filem telah didedahkan.

Dalam pada itu, ada juga foto yang menunjukkan barisan pelakon lain seperti Hasnul Rahmat dipercayai akan memegang watak sebagai Tun Dr. Mahathir.

Tinjauan di ruangan komen menunjukkan rata-rata warganet meluahkan rasa tidak sabar dan teruja untuk menonton filem yang memfokuskan tentang kisah ahli politik itu.

Untuk info, filem biopik tentang Anwar Ibrahim akan diarahkan oleh Viva Westi yang juga merupakan salah seorang pengarah tersohor di Indonesia.

BACA:

Budak 2 tahun bertarung nyawa selepas tertelan bateri yang kini dah meletup dalam perut

Masalah LRT berulang, netizen mahu Anthony Loke masuk campur, kecam Wee Ka Siong

Ini dia 5 wajah pelakon yang selalu diberi watak muka minta penumbuk

CATEGORIES