Budak 2 tahun bertarung nyawa selepas tertelan bateri yang kini dah meletup dalam perut

Budak 2 tahun bertarung nyawa selepas tertelan bateri yang kini dah meletup dalam perut

Budak 2 tahun bertarung nyawa selepas tertelan bateri yang kini dah meletup dalam perut. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini bertarung nyawa di hospital selepas tertelan bateri dan lebih menyedihkan apabila bateri tersebut dikatakan sudah meletup di dalam badannya.

Budak 2 tahun tertelan bateri

Memetik laporan Mirror UK, mangsa yang dikenali dengan nama Dylan Alejandro telah tertelan bateri sehingga menyebabkan esofagusnya terbakar dalam kejadian Oktober lalu di kediamannya di Cananea, Sonora, barat laut Mexico.

Menurut ibu mangsa iaitu Nayeli Guadalupe Coronado Nino, dia langsung tidak menyedari anak lelakinya tertelan bateri sehinggalah mendapati kanak-kanak itu mengalami kesukaran bernafas pada 23 Oktober lalu.

Budak 2 tahun bertarung nyawa selepas tertelan bateri yang kini dah meletup dalam perut

Bertarung nyawa di ICU

Susulan daripada itu, mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan doktor kemudian memaklumkan bahawa kanak-kanak itu sebenarnya tertelan bateri dan turut mengakibatkan salah satu paru-parunya mengalami jangkitan selepas bateri itu meletup di dalam badannya.

Disebabkan keadaannya agak serius, mangsa telah dipindahkan ke hospital lain di Hermosillo dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 16 hari. Difahamkan, pembedahan hanya boleh dilakukan sekiranya tahap oksigen mangsa kembali stabil.

Dalam kesempatan itu, keluarga mangsa memohon bantuan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan bagi membiayai kos perubatan Dylan memandangkan mereka tidak mempunyai insurans kesihatan.

BACA:

Masalah LRT berulang, netizen mahu Anthony Loke masuk campur, kecam Wee Ka Siong

Ini dia 5 wajah pelakon yang selalu diberi watak muka minta penumbuk

Nabil main gurau kasar dengan Jaclyn Victor pasal gaun yang dipakai

CATEGORIES