Netizen mengamuk dekat Sharnaaz Ahmad, “mulut kau jaga baik-baik ya!”. Pelakon, Sharnaaz Ahmad sebelum ini pernah meluahkan rasa berang terhadap sebuah portal berita yang dikatakan telah memutarbelit kenyataannya berhubung isu seorang pendakwah, Ustazah Afifah yang menggelar suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika melahirkan anak.
Tegur Portal Berita
Menerusi ciapan di Twitter, Sharnaaz dilihat memberikan amaran terhadap pihak portal berita berkenaan untuk tidak ‘putar belit’ apa yang diperkatakan olehnya.
“Aiseh, jangan main putar apa yang keluar dari mulut aku ni mat. Satgi hang yang makan penendang aku.”-Ciapan Sharnaaz
“Nak Marah Pun…”
Tambahnya lagi, pelakon filem Juvana ini turut membalas komen seorang netizen yang dikenali sebagai @Khatulistiwa Anak Watan, memintanya untuk tidak ‘berlagak samseng’ serta menjaga percakapan dengan baik.
“Nak marah pun tak sampai hati. Iye lah abanggg.”-balas Sharnaaz
Sebelum ini, Sharnaaz menerusi Insta Stories meluahkan rasa berang terhadap kenyataan yang diberikan oleh Ustazah Afifah berhubung isu bersalaman dengan artis dikatakan boleh merosakkan roh dan jiwa.
Walaubagaimanapun, Sharnaaz menyatakan bahawa beliau bersabar daripada memberikan sebarang kata-kata kesat terhadap pendakwah berkenaan.
BACA:
Nenek menangis dapat rumah baru, kisah rumah kena hanyut banjir pernah tular tahun lepas
‘Pulangkan atau saya lapor polis!’ – Bengang kad ATM dicuri, pemilik desak wanita bersemuka