‘Kuat minum susu punca kutu’ – Siti Afifah

Kuat minum susu punca kutu Siti Afifah

‘Kuat minum susu punca kutu’ – Siti Afifah. Penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin sekali lagi menarik perhatian orang ramai gara-gara mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu.

Video yang dimuat naik di akaun media sosialnya mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata menyoalkan kredibilitinya dan kesahihan maklumat tersebut.

“Ramai orang tidak tahu, antara punca kutu ialah minum susu yang berlebihan,” kata Siti Afifah dalam video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 27,000, 240 tanda suka dan 143 perkongsian.

Di ruangan komen, ramai yang kelihatan tidak percaya akan maklumat yang dikongsi kerana meragui kredibiliti Siti Afifah yang bukannya seorang doktor kesihatan atau pakar pemakanan untuk bercakap tentang topik berkenaan.

Kuat minum susu punca kutu Siti Afifah'Kuat minum susu punca kutu' - Siti Afifah

“Kejap pakar makanan, kejap ustazah, kejap doktor,” kata @khairuddintaha590

Dalam pada itu, ramai juga yang berkata mereka tidak pernah mengalami situasi dijangkiti kutu hanya kerana minum susu berlebihan selama ini.

“Alhamdulillah saya dah berumur, selalu minum susu tidak ada pula kutu,” kata @suhainaza.

Terdahulu, Siti Afifah Shahbudin pernah tular di media sosial gara-gara lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi.

BACA:

48 pencapaian Pakatan Harapan walaupun hanya 22 bulan jadi kerajaan

Pakcik Tua jalan bawa barang dapur mengeluh, “ramai lalu tapi tak ada yang tumpangkan”

Fesyen baju Nadia Brian tersembul di dada, netizen perasan sesuatu

CATEGORIES