Nenek menangis dapat rumah baru, kisah rumah kena hanyut banjir pernah tular tahun lepas

Nenek menangis dapat rumah baru, kisah rumah kena hanyut banjir pernah tular tahun lepas

Nenek menangis dapat rumah baru, kisah rumah kena hanyut banjir pernah tular tahun lepas. Nenek Rohana Mahfuz 76 tahun menangis gembira akhirnya mendapat rumah baru setelah rumah pusaka hanyut ketika banjir besar melanda Hulu Langat akhir tahun lalu.

Ingatkah lagi peristiwa banjir besar yang melanda Hulu Langat hujung 2021 di mana rumah seorang nenek musnah dan yang tinggal hanya tangga sahaja kerana hanyut dibawa arus deras.

Hari ini nenek Rohana menangis gembira apabila rumah pusaka yang hilang itu kini telah ‘kembali’.

Rumah baru nenek Rohaya telah dibina atas usaha dermawan Ebit Lew setelah hampir setahun kehilangan rumah akibat banjir itu.

Kisah nenek ini menjadi tular di media sosial, atas keprihatinan dermawan Ebit Lew menghadiahkan rumah baru untuk beliau.

Nenek menangis dapat rumah baru, kisah rumah kena hanyut banjir pernah tular tahun lepas

Ebit Lew menyatakan rasa syukurnya di Facebook apabila rumah itu sudah siap sepenuhnya dan sudah boleh diduduki,

“Sebak rasa pagi ni. Ziarah Nenek Rohana 76 tahun yang rumahnya hanyut banjir cuma tinggal tangga di Hulu Langat. Masa tu satu Malaysia tular kisah nenek ni.

“Kami bantu bina semula rumah baru. Hadiahkan rumah baru untuknya. Ini semua dari Allah.

“Menangis nenek tadi ucap terima kasih dan memberi semangat baru untuknya. Beliau lemah masa tu dan tak kuat.

“Kini menangis terharu melihat kasih sayang Allah padanya.

BACA:

‘Pulangkan atau saya lapor polis!’ – Bengang kad ATM dicuri, pemilik desak wanita bersemuka

‘Kuat minum susu punca kutu’ – Siti Afifah

Amin Idris bongkar latar belakang Ustazah Afifah, rupanya tak belajar agama pun

CATEGORIES