Ulama kanan Arab Saudi kata cabaran Tiktok itu berjudi. Seorang ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menegaskan pertandingan cabaran di laman rangkaian sosial terutama aplikasi TikTok yang terkenal adalah satu perjudian dilarang dalam Islam.
Sheikh Abdullah Al-Manea berkata aktiviti seperti itu tidak dibenarkan dalam apa juga keadaan sama ada membabitkan permainan antara sesama jantina, mahupun sebaliknya.
Bercakap kepada Okaz/Saudi Gazette, Sheikh Al-Manea, yang juga ahli Akademi Fiqh Islam Antarabangsa, berkata perjudian adalah sejenis denda dan kemungkinan rampasan, dan denda adalah jumlah yang dicabar dan seorang daripada mereka mungkin memperoleh keuntungan.
Penegasan tokoh ulama itu dibuat ketika cabaran pada aplikasi TikTok menjadi sohor kini (trending) di media sosial. Aplikasi itu telah menjadi destinasi kegemaran untuk video pendek mudah alih.
TikTok menganjurkan pelbagai video pendek, daripada genre seperti gurauan, aksi, helah, jenaka, tarian dan hiburan dengan tempoh antara 15 saat hingga 10 minit.
Cabaran di TikTok ialah kempen atau aliran yang mempelawa orang ramai untuk membuat video sendiri berdasarkan tugas tertentu seperti memaparkan bakat atau pengembaraan.
BACA:
Harga jam Fazura RM4 Juta? Habis netizen selongkar
Hartawan India pintas manusia terkaya dunia Jeff Bezos
PM gagal urus negara, Muhyiddin setuju PRU15 diadakan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio