Harga jam Fazura RM4 Juta? Habis netizen selongkar

Harga jam Fazura RM4 Juta? Habis netizen selongkar

Harga jam Fazura RM4 Juta? Habis netizen selongkar. Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura ada memuat naik foto dan video sambutan majlis ulang tahun kelahiran suaminya, Fattah Amin bersama rakan-rakan.

Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama para peminat yang turut tumpang gembira serta mengucapkan selamat hari lahir buat suami aktres itu.

Namun, dalam banyak-banyak gambar yang dikongsikan ada satu gambar dimana memaparkan aktres itu memakai seutas jam tangan menjadi perhatian ramai. Seperti sudah dijangka, netizen terlebih dahulu menyiasat harga jam tangan tersebut.

Menerusi satu akaun TikTok @fazuralotsoflover, peminat mendakwa aktres itu memakai jam mewah jenama Patek Philippe barharga hampir RM4 juta.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji pelakon itu meskipun kaya namun sentiasa rendah diri, bersederhana dan tidak menunjuk-nunjuk.

Harga jam Fazura RM4 Juta? Habis netizen selongkar

Kata netizen lagi, mereka tidak pelik jika Fazura mampu memiliki jam harga sedemikian kerana sebelum kahwin lagi sudah kaya.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan jam tersebut berharga sekitar RM300,000 sahaja bukan mencecah RM4 juta. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan harga jam yang dipakai Fazura itu.

@fazuralotsoflover😭😭😭

♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

BACA:

Insta Janna Nick dipenuhi komen lucah lepas tayang punggung

Sweet Qismina dedah nikah sebulan lagi dengan pelakon Adam Lee

Pakar bagi amaran jangan benarkan towing kereta macam ni, jahanam gearbox!

CATEGORIES