Hartawan India pintas manusia terkaya dunia Jeff Bezos

Hartawan India pintas manusia terkaya dunia Jeff Bezos

Hartawan India pintas manusia terkaya dunia Jeff Bezos. Hujung minggu lalu sewaktu ramai di Malaysia beristirahat sempena Hari Malaysia, jutawan dari India bernama Gautam Adani telah memintas Jeff Bezos sebagai manusia kedua terkaya di dunia.

Untuk masa beberapa jam, Gautam kekal di tangga kedua sebelum dipintas oleh tauke Louis Vitton iaitu keluarga Bernard Arnault dari Perancis.

Sebenarnya, dalam masa 24 jam saja pada, 3 orang jutawan bertukar tempat untuk posisi kedua ini.

Sabtu lalu, Elon Musk dicatatkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak $273.2 juta, Bernard Arnault setinggi $154.7 bilion, diikuti Adani $152.2 bilion di tempat ke-3 dan Jeff Bezos sebanyak $146.9 bilion di tempat ke-4.

Untuk makluman, Adani pada Februari lalu telah dinobatkan orang terkaya di Asia.

Hartawan India pintas manusia terkaya dunia Jeff Bezos

Menurut Washington Post, antara punca saham syarikat-syarikat Adani ini naik mencanak dalam masa setahun ini adalah kerana peningkatan harga tenaga bahan api fosil.

Sebagai tambahan, beliau juga memiliki pelabuhan komersial terbesar di tanah India dan mempunyai pegangan majoriti dalam Lapangan Terbang Mumbai iaitu antara airport tersibuk di negara itu.

Mengimbau sejarah, jutawan ini bermula dengan terlibat dalam perniagaan mengimport plastik (PVC). Kemudian, beliau mengembangkan sayap dalam operasi pelabuhan, lapangan terbang, pelombongan arang, hartanah, infrastruktur, pusat data dan pengedaran gas serta tenaga diperbaharui.

Dalam masa beberapa minit dan jam saja, kedudukan ke-2 berubah antara pemilik jenama LV dan Adani Group.

Menariknya, Adani memulakan kedudukannya dalam senarai Forbes tahun ini di tempat ke-14 dan kini menjadi orang Asia pertama dalam 3 teratas (top 3).

Antara syarikat di bawah Adani Group termasuklah Adani Green Energy, Adani Total Gas, Adani Wilmar.

Sewaktu artikel ini disiapkan, laman web Forbes yang mengemas kini dalam masa nyata (real-time) menunjukkan Adani kini berada tempat ke-3 walaupun beberapa jam lalu di tangga ke-2.

BACA:

Insta Janna Nick dipenuhi komen lucah lepas tayang punggung

Sweet Qismina dedah nikah sebulan lagi dengan pelakon Adam Lee

Pakar bagi amaran jangan benarkan towing kereta macam ni, jahanam gearbox!

CATEGORIES