PM gagal urus negara, Muhyiddin setuju PRU15 diadakan

PM gagal urus negara Muhyiddin setuju PRU15 diadakan

PM gagal urus negara, Muhyiddin setuju PRU15 diadakan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menyarankan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

“Barisan Nasional sedang menekan perdana menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan. Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak perdana menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi, saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya dalam catatan di Facebook.

Kajian yang dilaksanakan Merdeka Centre for Opinion Research pada Disember 2021 mendapati 12% rakyat mula mengikat perut dengan makan hanya sekali atau dua kali sehari, 12% terpaksa tangguh rawatan perubatan dan 31% lewat bayar hutang serta bil kerana tiada wang.

Kajian oleh Mindshare pula menunjukkan 61% rakyat Malaysia berada dalam kumpulan berpendapatan terkebawah (B60), dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan, selepas pandemik Covid-19 melanda negara, manakala 76% daripada kumpulan itu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

PM gagal urus negara, Muhyiddin setuju PRU15 diadakan

Muhyiddin berkata, kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat.

“Selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), saya telah menyuarakan kebimbangan saya dan mengemukakan beberapa cadangan MPN kepada kerajaan, termasuk melaksanakan semula moratorium untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang terkesan.”

Katanya, banyak perniagaan atau perusahaan terpaksa menutup atau mengecilkan operasi kerana kekurangan tenaga kerja, industri pula menanggung kerugian dan pemulihan negara terencat disebabkan masalah itu.

Beliau turut mendakwa isu kejatuhan nilai ringgit tidak dipandang serius oleh perdana menteri yang gagal menjelaskan langkah akan diambil kerajaan untuk membendungnya.

“Malah, dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan. Tahun lalu, nilai import bahan makanan saja mencecah RM63 bilion. Jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal.

“Is this okay? No, it is not okay. Nampaknya, perdana menteri tidak memandang semua isu ini sebagai sesuatu yang penting.”

Kelmarin, Ismail dilaporkan berjanji akan segera berbincang dengan “Top Five” Umno mengenai pembubaran Parlimen.

“Kita sudah hampir ke PRU15…percayalah sikit masa lagi. Saya mendengar dengan jelas (gesaan pembubaran),” kata Ismail pada Ahad lalu.

Susulan itu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, parti itu yakin PRU15 akan diadakan antara Oktober hingga Disember ini, bersandarkan ucapan perdana menteri bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat sedikit masa lagi.

Rundingan “Top Five” Umno yang dijadualkan 30 Sept ini akan diteruskan.

Penggal Parlimen semasa akan tamat pada 16 Julai 2023 dan PRU15 perlu diadakan menjelang pertengahan September 2023, tetapi sesetengah pemimpin Umno mendesak ia diadakan tahun ini susulan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya negeri baru-baru ini.

BACA:

Ecurve kini jadi bangunan berhantu, dulu jadi tempat lepak paling best di KL

Usahawan kosmetik diculik sudah dibawa jauh ke Myanmar, kata polis Thailand

Rahsia buat roti canai sendiri, tak perlu tebar pun tetap garing sedap

CATEGORIES