Zahid dedah Agong titah BN buat kerajaan perpaduan

Oleh INFORAKYAT

Zahid dedah Agong titah BN buat kerajaan perpaduan. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataanya kepada Malaysiakini sebentar tadi berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa semua 30 ahli parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Memetik dari Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata dia bersama dua lagi pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah tersebut semasa menghadap Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pagi tadi.

Ditanya mengenai sikap berkecuali BN seperti yang dinyatakan beberapa pemimpin parti itu, Ahmad Zahid menjawab: “Tak ada, tak ada… Bukan itu titah tuanku,” katanya.

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” katanya.

Agong semalam menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN untuk hadir di Istana Negara pagi ini untuk ditemu bual secara langsung dalam usaha baginda melantik perdana menteri baru Malaysia.

Zahid dedah Agong titah BN buat kerajaan perpaduan

Susulan titah Agong pagi tadi, Ahmad Zahid berkata, titah tersebut akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

BACA:

Agong panggil mesyuarat Raja-Raja Melayu esok bincang calon PM

Video kibar bendera komunis tular, polis beri amaran ini

PN tak jadi kerajaan, Annuar Musa kata ada konspirasi nak kelirukan Agong