PN tak jadi kerajaan, Annuar Musa kata ada konspirasi nak kelirukan Agong

PN tak jadi kerajaan Annuar Musa kata ada konspirasi nak kelirukan Agong

PN tak jadi kerajaan, Annuar Musa kata ada konspirasi nak kelirukan Agong. Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud konspirasi terancang apabila ada pihak cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Tanpa merujuk kepada siapa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh mendakwa, pihak terbabit mengemukakan dokumen bercanggah Perlembagaan dan bertentangan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) diumum hari ini.

“Difahamkan ada pihak sekali lagi cuba ‘misled’ (mengelirukan) Yang di-Pertuan Agong dengan dokumen bukan saja bercanggah Perlembagaan malah bertentangan keputusan Dewan Tertinggi BN hari ini.

“Perbuatan menjayakan ‘konspirasi terancang’ ini amat dan melanggar resolusi diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini serta keputusan Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam ini.

Semua 30 Ahli Parlimen BN dilaporkan sepakat memutuskan untuk berkecuali daripada menyokong mana-mana nama dicalonkan sebagai Perdana Menteri, selain bersedia untuk menjadi pembangkang.

PN tak jadi kerajaan, Annuar Musa kata ada konspirasi nak kelirukan Agong

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi dilaporkan membincangkan pendirian BN dan ahli parlimen berhubung pelantikan Perdana Menteri serta penubuhan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap baginda secara individu di Istana Negara, esok pada jam 10.30 pagi

Dalam pada itu, Annuar berkata, kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bakal menamatkan polemik pemilihan Perdana Menteri dengan baik dan lancar.

Namun, katanya, kerumitan yang wujud dalam isu ini disebabkan ada pihak dalam BN membuat pakatan sulit atau konspirasi sejak sebelum PRU15, tanpa menyedari perkara itu menjadi satu kesalahan besar serta tidak sah dan terbatal.

“Pertama, dasar parti ‘No Anwar, No DAP’ diputuskan dalam perhimpunan agung adalah ‘binding’ (mengikat) semua orang dan tak boleh dirombak mana-mana individu. Sebarang tindakan bercanggah dengan dasar parti adalah ‘null and void’.

“Kedua, pendirian anggota parlimen dipilih, untuk menentukan siapa mereka sokong bagi memegang jawatan Perdana Menteri, mesti dibuat tanpa sebarang tekanan sesiapa. Ahli parlimen berhak membuat keputusan mengikut dasar parti diputuskan secara sah.

“Sebarang dokumen lain cuba dimanipulasi adalah terbatal dan tidak sah serta tidak berperlembagaan. Justeru kita yakin kebijaksanaan dan sikap adil serta berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai penguasa mutlak dalam melantik Perdana Menteri,” katanya.

Annuar berkata, beliau difahamkan setiap Ahli Parlimen BN akan diberi peluang menyatakan sendiri pilihan mereka, sesuai dengan kehendak perlembagaan dan masalah konspirasi yang terbongkar, akan diurus UMNO dan BN.

BACA:

BN mohon tangguh jumpa Agong, belum dapat kata putus PH atau PN

Kata Taman Melawati bukan daerah Gombak, Mas Khan nak ajar netizen

Makin berani, Neelofa hanya pakai skirt sampai nampak…

CATEGORIES