Video kibar bendera komunis tular, polis beri amaran ini

Video kibar bendera komunis tular polis beri amaran ini

Video kibar bendera komunis tular, polis beri amaran ini. Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan video yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Ia susulan rakaman video tular memaparkan sekumpulan orang berarak sambil bermain alat muzik dan mengibar bendera yang didakwa bendera komunis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan mendapati, video berdurasi 1 minit 18 saat dimuat naik di aplikasi TikTok itu adalah video lama yang ditularkan semula.

Katanya, rakaman lama itu dipercayai berlaku di Jalan Raja Uda Butterworth, di sini, pada Disember 2019.

“Video berkenaan memaparkan perarakan oleh pertubuhan sukarelawan pada acara anjuran EXCO Pembangunan, Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri.

Video kibar bendera komunis tular, polis beri amaran ini

“Ia ditularkan semula pada 9 November lalu bertujuan menimbulkan kegusaran orang awam,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, individu yang ingkar dengan amaran polis itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948.

Difahamkan, kertas siasatan mengenai kejadian itu sudah dibuka.

BACA:

PN tak jadi kerajaan, Annuar Musa kata ada konspirasi nak kelirukan Agong

BN mohon tangguh jumpa Agong, belum dapat kata putus PH atau PN

Makin berani, Neelofa hanya pakai skirt sampai nampak…

CATEGORIES