Video pemuda terajang gadis jadi kecoh, dengan Neelofa sekali masuk campur. Video tular seorang pemuda membelasah seorang gadis tanpa belas kasihan menjadi bualan hangat di media sosial.
Tidak cukup sekadar menampar, malah gadis itu juga dilihat diterajang di perut dan dipukul di kepala berulang-ulang kali menggunakan selipar.
Usahawan dan bekas pengacara popular, Neelofa turut berkongsi video tular itu semalam dan meminta maklumat lanjut tentang kejadian tersebut daripada netizen.
Dalam video berdurasi 18 saat itu memaparkan gadis tersebut tidak melawan malah nampak ketakutan dan menangis menahan sakit sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Tolong kalau jumpa yang record tu sekali terajang muka dia jugak,” komen Lana tidur.
“Berkicap la mamat ni kalau budak perempuan ni ada abang. Kalau kena kat adik perempuan aku, memang tak selamat mamat ni,” kata AA pula.
“Sampai hati lelaki tu. Hancur hati mak ayah tengok anak kena pukul. Apa yang teruk sgt sampai nak pukul anak orang,” ujar Teyah.
Sebelumnya, pengarah dan penerbit drama terkenal Michael Ang turut berkongsi video sama di Instagram miliknya namun telah dipadamkan pihak Instagram.
Namun malam tadi, Michael sekali lagi berkongsi video berkenaan dengan versi wajah mereka yang terlibat, dikaburkan.
Anyone ada more info on this? Please respond if you do 😰 pic.twitter.com/1aAGA44M6h
— Neelofa (@Neelofa) October 30, 2022