Daie Syed dedah wajah bakal isteri, pengacara TV Al Hijrah rupanya

Daie Syed dedah wajah bakal isteri, pengacara TV Al Hijrah rupanya

Daie Syed dedah wajah bakal isteri, pengacara TV Al Hijrah rupanya. Pendakwah selebriti Da’i Syed menjawab status hubungannya dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah iaitu Hana Ismail.

Menurut Syed, dia sedang mengenali hati budi Hana yang berumur 36 tahun. Namun, Syed memilih untuk tidak berkongsi lanjut dan hanya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Terpulanglah pendapat orang ramai hendak menilai hubungan kami. Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.

Daie Syed dedah wajah bakal isteri, pengacara TV Al Hijrah rupanya

Buat masa sekarang saya tidak boleh bercakap lanjut. Takut nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Kami akan beritahu apa yang seterusnya, kemudian. Insya-Allah.

Syed berkata demikian ketika ditemui di Majlis Malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Le Meridien, Putrajaya, pada Jumaat.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful ditanya mengenai foto yang dimuat naik oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida yang memaparkan dirinya bersama Hana sambil diiringi ibu kedua-dua belah pihak dalam sebuah majlis.

Ia adalah majlis pertemuan dua keluarga. Kalau itu adalah majlis yang dianggap (majlis pertunangan), doakan yang terbaik. Tapi boleh dikatakan ia adalah majlis pertemuan dua keluarga. Perkenalan di antara dua keluarga.

Kami baharu mengenali dua keluarga, kalau sudah disahkan, bermakna kalau betul kami akan ke arah yang baik, kami akan beritahu.

Daie Syed dedah wajah bakal isteri, pengacara TV Al Hijrah rupanya

Dalam pada itu, pelantun lagu Albi Nadak mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan Hana yang dikenali sejak tiga bulan lalu.

Insya-Allah saya sudah bersedia untuk berkahwin, cuma sekarang kami dalam tempoh perkenalan dalam dua keluarga.

Biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan.

Pada 27 Oktober lalu, Umie berkongsi gambar Syed dan Hana disertakan kapsyen mendoakan urusan dua figura itu dipermudahkan.

Allah permudahkan urusan kalian berdua dalam rahmatNya dan RedhoNya Allah SWT. Amin.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dipadamkan oleh Umie selang beberapa minit selepas dikongsikan.

BACA JUGA:

Anggota bomba ‘kantoi’ seludup ketum masuk Malaysia, siap dapat upah ribu-ribu

‘Saya tak goyang’ – wanita ugut nak bongkar sisi gelap Caprice

Rupanya 10 artis Kpop terkenal ini bukan orang Korea pun

CATEGORIES