Anwar yakin PH menang 100 kerusi, “perlukan 12 lagi sahaja nak jadi kerajaan”

Anwar yakin PH menang 100 kerusi, “perlukan 12 lagi sahaja nak jadi kerajaan”

Anwar yakin PH menang 100 kerusi, “perlukan 12 lagi sahaja nak jadi kerajaan”. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan parti itu boleh menang di 100 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau berkata, dapatan hasil kajian terkini Pusat Inisiatif Dasar Invoke (Invoke) itu menunjukkan PH mampu menguasai kerusi-kerusi Parlimen berkenaan daripada parti lawan.

Menurutnya, fokus mereka kini untuk memastikan kemenangan di 12 lagi kerusi Parlimen bagi memperoleh majoriti mudah 112 kerusi membentuk kerajaan.

“Kajian akhir Invoke yang diumumkan hari ini, kita dah capai 100 kerusi (Parlimen) (boleh kuasai).

“Kita hanya perlu usaha, tolak sedikit lagi untuk dapatkan 12 kerusi dan kita sangat berharap (menang) insya-ALLAH,” katanya.

Anwar yakin PH menang 100 kerusi, "perlukan 12 lagi sahaja nak jadi kerajaan"

Beliau berkata demikian dalam Jelajah Mega Harapan Perak di Pasar Tambun di sini pada Ahad.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengakui, mereka perlu bekerja keras untuk membolehkan kemenangan dicapai kerana berdepan dengan saingan kuat yang disifatkan sebagai gergasi.

“Kita lawan gergasi dan kaya, mana ada mereka buat perjumpaan macam kita, lihat penamaan calon, kalau PKR buat tepi padang, bila renyai habis basah.

“Tetapi tengok Perikatan Nasional (PN), hotelnya bukan lima bintang, tetapi tujuh bintang, BN juga begitu.

“Jadi kita kena fahamlah, tak boleh pandang ringan. Kalau nak ubah, selamatkan rakyat kita kena terima kenyataan bahawa jika kita tidak kerja keras, kita susah nak capai kemenangan itu,” katanya.

Anwar yang umum diri bertanding di Parlimen Tambun turut memaklumkan bahawa kawasan Tambun kini telah menjadi ‘rumahnya’ dalam perjuangan politik.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menjelaskan tidak akan dapat meluangkan masa dengan lebih kerap berikutan tututan tangungjawanya membantu kempen PH di seluruh negara.

“Saya nak minta maaf kerana nanti tidak boleh tiap-tiap malam di sini. Esok saya diminta berada di Sabah, lusa di Sarawak selepas itu Terengganu dan Kelantan.

“Kalau nak menang PH, saya kena buat begitu (kempen seluruh negara), jika tidak nanti menang di Tambun, kalah di tempat lain pula,” katanya.

Dalam setiap pilihan raya umum, parti memerintah memerlukan sekurang-kurangnya 112 daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Pada PRU14, PH ketika itu terdiri daripada empat parti pembangkang iaitu DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memenangi 113 kerusi Parlimen sekali gus berhak membentuk kerajaan.

BACA:

Khairuddin seru ahli Pas undi BN, tolak PN

Daie Syed dedah wajah bakal isteri, pengacara TV Al Hijrah rupanya

Anggota bomba ‘kantoi’ seludup ketum masuk Malaysia, siap dapat upah ribu-ribu

CATEGORIES