Tiada kos pun terlibat jika lantik TPM, kata pemimpin Bersatu. Pelantikan timbalan perdana menteri (TPM) boleh dibuat tanpa sebarang kos operasi tambahan sekiranya itu yang dibimbangkan pihak tertentu, kata seorang pemimpin Bersatu.
Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Redzuan Yusof, yang partinya mendesak jawatan TPM diisi berkata, ini boleh dilakukan dengan menghapuskan pangkat “senior” menteri tertentu, selain mengurangkan bilangan timbalan menteri.
“Dengan berbuat demikian, tiada portfolio menteri akan dilupuskan, tetapi dapat mengurangkan kos,” katanya kepada FMT.
Satu lagi isu adalah supaya RUU itu tidak menghukum seseorang Ahli Parlimen yang partinya meninggalkan sebuah gabungan secara “en bloc”. Ini dapat dilihat dalam kes Ahli Parlimen Bersatu selepas parti itu keluar dari Pakatan Harapan, atau Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak yang meninggalkan Barisan Nasional.
Katanya, sekiranya benar ada persefahaman antara Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berhubung isu itu, Ismail mempunyai kuasa melantik seseorang yang mampu memperkukuh jemaah menterinya, dan bukan sekadar untuk “membuat syarat”.
Menurut Redzuan, pendiriannya tetap sama dengan apa dicadangkannya kepada Ismail ketika minggu pertama beliau menjadi perdana menteri, iaitu bahawa pertukaran dalam kepimpinan sepatutnya disusuli Jemaah Menteri yang lebih efisien dan kecil.
“Ini dapat memberi gambaran bahawa perdana menteri baharu bersikap jimat cermat, dan melaksanakan perubahan berkesan namun mengurangkan perbelanjaan. Kehadiran menteri senior dengan pelbagai keistimewaan dilihat sebagai tidak seiring apa dikehendaki rakyat.”
Redzuan juga berkata, beliau tidak tahu mengenai spekulasi bahawa tinjauan Bersatu dalam kalangan ahli majlis kerja tertingginya telah memilih Setiausaha Agungnya Hamzah Zainudin sebagai calon TPM berbanding Naib Presiden Azmin Ali.
“Jika begitu, kenapa hanya dua nama (disebut) walaupun ramai lain yang juga layak kerana bertanding pada PRU14 di bawah Bersatu? Tambahan pula, mereka berdua ‘orang datang’ (lompat parti),” katanya.
“Kita ada ahli Bersatu asal yang menjadi menteri ketika pentadbiran tiga kerajaan berbeza dalam satu penggal. Malah, jika survei itu berdasarkan merit, bukankah saya sepatutnya turut dinamakan?”
Ismail sepatutnya bertemu Hamzah berhubung isu itu pada Khamis minggu lalu, tetapi dibatalkan pada saat akhir.
Di Dewan Negara pada Selasa, menteri dari Bersatu, Abdul Latiff Ahmad, berkata tiada keperluan untuk melantik TPM pada masa ini memandangkan jumlah anggota pentadbiran adalah yang terbaik berdasarkan keperluan, cabaran dan tanggungjawab serta kepakaran diperlukan.
Beliau turut menegaskan pelantikan Jemaah menteri mahupun timbalan menteri adalah hak prerogatif perdana menteri.
BACA:
Peguam nak tarik diri bela Najib jika mahkamah berkeras terus bicara 15 Ogos
Peniaga kantoi isi air balang pakai air paip lepastu jual, “kembang tekak tengok”
DSV bengang dikait isu hadiah tanah pada Aisyah, “jangan aniaya saya!”