Peniaga kantoi isi air balang pakai air paip lepastu jual, “kembang tekak tengok”

Peniaga kantoi isi air balang pakai air paip lepastu jual kembang tekak tengok

Peniaga kantoi isi air balang pakai air paip lepastu jual, “kembang tekak tengok”. Jika kita pergi ke pasar atau festival makanan, sudah tentu rambang mata dibuatnya bukan?

Sampai tak tahu nak pilih mana satu sebab semua makanan nampak sedap. Tak dinafikan, air menjadi benda wajib mesti dibeli selepas penat berjalan. Iyalah, boleh hilangkan kepenatan dan dahaga tu.

Tetapi, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan aksi seorang peniaga air balang yang menggunakan air paip untuk membancuh minuman di kedainya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@monkeykingasia #kuching festival #kuchingsarawaktiktok ♬ Original Sound – Unknown

Peniaga bancuh air gunakan air paip

Peniaga kantoi isi air balang pakai air paip lepastu jual, "kembang tekak tengok"

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah festival makanan di Kuching, Sarawak.

Namun, rakaman itu menunjukkan sebuah peniaga gerai air yang sedang membancuh air balang untuk pelanggannya.

Lebih mengejutkan lagi apabila dia dilihat dengan selamba menarik air paip dan lalu terus meletakkannya ke dalam balang air. Tindakannya itu sememangnya mengejutkan netizen.

“That’s why tak beli air kat pasar malam” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 778K views, 14.6K likes dan 1,181 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image from @monkeykingasia (TikTok)

Image from @monkeykingasia (TikTok)

BACA:

Apa dah jadi belia Malaysia, makin ramai lakukan seks bawah umur 22 tahun

Pernah tular Atok kahwin gadis 19 tahun 2 bulan lalu, sekarang dah cerai

Penampilan Che Ta di Kedah Fashion Week dikecam, “tetap jual nasi lemak dia..”

CATEGORIES