Terkini: Mahkamah jatuhkan hukuman penjara kepada Rosmah

Oleh INFORAKYAT

Terkini: Mahkamah jatuhkan hukuman penjara kepada Rosmah. Rosmah Mansor didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa pada November 2018 atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta untuk projek membekalkan elektrik kepada sekolah di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 , yang mana lebih tinggi.

LAGI AKAN DATANG

Terkini: Mahkamah jatuhkan hukuman penjara kepada Rosmah

BACA:

Caramel Machitto Najib punya pasal, Nam Ron nekad nak cuba rasa

Muktamar 2022: Pemuda gesa pemimpin PAS tunjuk siapa kawan, lawan sebenar

Shuib dedah sebab sebenar tak sertai Sepahtu Reunion buat peminat terkejut