Caramel Machitto Najib punya pasal, Nam Ron nekad nak cuba rasa

Caramel Machitto Najib punya pasal Nam Ron nekad nak cuba rasa

Caramel Machitto Najib punya pasal, Nam Ron nekad nak cuba rasa. Dek penangan caramel macchiato kopi kayangan kegemaran Datuk Seri Najib Tun Razak pengarah dan pelakon, Nam Ron tiba-tiba teringin untuk merasai kesedapan kopi itu.

Menurut Nam Ron beliau tidak pernah tahu bahawa ada kopi sejenis itu walaupun beliau suka kopi tetapi bukan peminat kopi tulen.

Katanya, jika ke kafe beliau selalu memesan ‘latte’ dan sekali sekala cappuccino tapi selalunya kalau di kedai atau di rumah beliau minum nescafe atau kopi cap kapal api.

Beliau berkata demikian kerana terpandang seseorang membuat hantaran tentang kopi caramel macchiato itu.

“Saya suka kopi tapi bukan peminat kopi tulen yang tahu segala mak nenek tentang kopi. Jika saya ke kafe saya selalu order latte dan sekali sekala cappuccino tapi selalunya kalau kat kedai atau kat rumah saya minum nescafe atau kopi cap kapal api.

Caramel Machitto Najib punya pasal, Nam Ron nekad nak cuba rasa

“Adalah juga sekali dua minum kopi kampung.

“Berbalik kepada caramel macchiato, saya tak pernah tahu ini kopi jenis apa? Apa rasanya? Sedap ke? Mahal tak? Orang biasa biasa macam saya mampu ke nak minum? Atau minuman orang ada ada saja? Mana boleh beli? Kat starbuck atau kafe 5 bintang? Dan, kenapa nama dia sebegitu? Asal dari negara mana?” soal beliau.

Selepas terpandang hantaran tersebut katanya berbagai bagai pertanyaan melintas di kepalanya membuatkan dia teringin nak rasa caramel macchiato once in my lifetime.

Terdahulu, anak perempuan Najib Razak Nooryana Najwa menzahirkan rasa sedih kerana bapanya tidak lagi boleh minum kopi kegemarannya caramel macchiato setelah dimasukkan ke penjara.

Terkini di Twitter kopi caramel macchiato trending di Malaysia dengan lebih 3.8k tweet.

BACA:

Bini panggil laki balik rumah atas padang jadi tular, ‘dah kena stop game’

Padah percaya BFF sendiri, habis pin ATM dia tahu, tau-tau lesap semua!

Wanita panik, tiga hari terkunci dalam tandas rumah sendiri

CATEGORIES