“Tak perlu patahkan pun” – Makcik ini ajar cara pilih bendi

Oleh INFORAKYAT

“Tak perlu patahkan pun” – Makcik ini ajar cara pilih bendi. Wanita ajar cara sebenar pilih bendi dengan betul, ‘tak perlu patahkan pun’. Kacang bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus tergolong dalam kategori tumbuhan berbunga dan boleh dimakan oleh manusia.

Kacang bendi sangat sinonim dan terkenal kerana ia ditanam secara komersial. Bagi sesetengah orang, mereka lebih gemar untuk menanam tumbuhan ini di halaman rumah mereka.

Oleh hal demikian, bendi seringkali ditanam oleh orang ramai dan sangat mudah dicari di mana-mana termasuk kedai runcit berhampiran anda.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui cara untuk memilih dan membezakan kacang bendi tua atau muda.

Menerusi satu perkongsian oleh Ida Shahida di Facebook, dia menjelaskan cara untuk memilih bendi dengan betul.

"Tak perlu patahkan pun" - Makcik ini ajar cara pilih bendi

Wanita ajar cara sebenar pilih bendi dengan betul, ‘tak perlu patahkan pun’

Menurutnya, tangkai tidak berlubang menandakan bahawa bendi muda manakala tangkai berlubang pula menandakan bendi itu tua.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti nukilannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Cara nak pilih bendi
Tolong jangan dok kepak di kepala dia. Habeh semua dikepak nak beli pun tak dak mood. Tak elok dah rupa dia.

Buat macam ni lani.

Dan kalau nak kepak juga pilihlah yang warna hijau ‘muda’ sebab warna hijau muda kacang tu belum keras lagi. Kalau keras pun keras sikit saja, masih boleh dimakan.

Kalau dah masa pegang pun kita dah boleh tahu dia dah tua. Jangan di ‘kepak’.

Saya tak pernah ‘kepak’ sewaktu membeli. Saya tengok yang warna ‘ muda dan segar serta hujungnya lembut, confirm muda.

‘Mematahkan’ itu mungkin habit sebenarnya.

BACA:

Netizen mengamuk dekat Sharnaaz Ahmad, “mulut kau jaga baik-baik ya!”

Nenek menangis dapat rumah baru, kisah rumah kena hanyut banjir pernah tular tahun lepas

‘Pulangkan atau saya lapor polis!’ – Bengang kad ATM dicuri, pemilik desak wanita bersemuka