“Tak penat ke jadi muda?” – Amy Mastura rupanya dah usia 51 tahun

Oleh INFORAKYAT

“Tak penat ke jadi muda?” – Amy Mastura rupanya dah usia 51 tahun. Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura bukanlah seorang selebriti yang asing lagi bagi ramai. Dia cukup dikenali dalam dunia lakonan tanah air menerusi lakonan sebagai watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M.Osman. Sehubungan dengan itu, namanya juga tidak pernah tenggelam mendapat perhatian peminat.

Amy Mastura juga aktif berkongsikan perkembangan di Instagram (IG) miliknya dan ternyata satu perkongsian yang baru sahaja dimuat naik olehnya ini mengundang dia menjadi tumpuan yang mana dia nampaknya ditanya peminat, “Tak penat ke jadi muda.”

Ditanya tak penat ke jadi muda

"Tak penat ke jadi muda?" - Amy Mastura rupanya dah usia 51 tahun

Mana tidaknya, Amy Mastura yang nampak muda dengan tubuh kekal ramping kini menjangkau usia 51 tahun. Melihatkan muat naik Amy Mastura yang disolek ini membuatkan ada yang mengatakan dia seperti berusia 30an sahaja.

Kejelitaan Amy Mastura ini membuatkan dia menerima pujian ramai peminat yang mengatakan dia sangat awet muda dan wajahnya pula seolah-olah tidak dimakan usia.

Sememangnya penampilan Amy Mastura yang tidak berubah dan kekal awet muda itu membuatkan ramai wanita kagum apabila saban tahun, usia Amy Mastura meningkat namun dia masih maintain sampai sekarang. “Salam jumaat semua. Akak doakan semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” ujarnya pula diruangan kapsyen.

‘Tak penat ke jadi muda’

‘Cantik tak makan usia sis nampak muda selalu’

‘Lawanya macam wanita 30an’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by amy mastura (@amymasturalerr)

BACA:

“Ni nak tala ke sapa bagi tengok?” – Lampu isyarat condong ke bawah jadi bahan ketawa

Awas letak kereta depan rumah jiran, anda boleh dipenjarakan!

Jadi punca kematian, usahawan pil kurus terkenal ditahan