Jadi punca kematian, usahawan pil kurus terkenal ditahan

Jadi punca kematian, usahawan pil kurus terkenal ditahan

Jadi punca kematian, usahawan pil kurus terkenal ditahan. Polis Thailand menahan seorang usahawan mengeluarkan produk pil kurus selepas didapati menyebabkan empat kes kematian akibat menggunakan pil tersebut, lapor Thaiger.

Suspek, Nuttawat, 50, ditahan di luar sebuah kondominium di daerah Huai Kwang selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Wilayah Kanchanaburi pada 18 Januari 2022 kerana ‘menambah bahan secara rahsia dalam makanan, ubat atau produk lain yang boleh dimakan sehingga menyebabkan kematian’ didapati melanggar Akta Makanan 1979.

Pada 2018, seramai empat orang maut selepas memakan pil kurus jenama LYN. Siasatan mendedahkan bahawa pil tersebut mengandungi bahan terlarang.

Kes kematian tersebut membawa penangkapan kepada Nuttawat dan pengurus lain serta kes itu dibawa ke mahkamah.

Walau bagaimanapun, Nuttawat dibebaskan dengan ikat jamin dan tidak pernah hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan selanjutnya.

Jadi punca kematian, usahawan pil kurus terkenal ditahan

Tindakan itu menyebabkan Mahkamah Wilayah Kanchanaburi mengeluarkan waran untuk menahannya pada 18 Januari lalu.

Namun, baru-baru ini, polis berjaya menemui Nuttawat menetap di sebuah kondominium di Soi Pracharat Bampen 7 di Huai Kwang yang membawa kepada penangkapannya.

Kemudian, polis membawanya ke Mahkamah Wilayah Kanchanaburi untuk berdepan prosiding undang-undang.

Bulan lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil Kopi Gomax yang dipercayai dapat memulihkan mati pucuk.

Katanya, kopi tersebut mengandungi Sildenafil atau Viagra yang merupakan bahan terkawal dan tidak sesuai dimasukkan dalam produk makanan.

Mengambil kopi Gomax boleh menyebabkan buta dan kegagalan buah pinggang.

BACA:

Pengembara masa dedah Amerika akan dilanda Tsunami besar Mei 2023

Ini respon terkejut KJ selepas Dr Zaliha dilantik Menteri Kesihatan

Ini latar belakang Menteri Agama yang baru, ‘bukan kaleng-kaleng ni’

CATEGORIES