Awas letak kereta depan rumah jiran, anda boleh dipenjarakan!

Awas letak kereta depan rumah jiran anda boleh dipenjarakan

Awas letak kereta depan rumah jiran, anda boleh dipenjarakan!. Ada masanya seharian anda tidak keluar rumah, berehat sambil menonton televisyen bersama keluarga. Tetapi apabila hendak keluar rumah, tergendala pula kerana ada kenderaan lain diletakkan di hadapan rumah anda yang menghalang anda daripada keluar.

Sikap toleransi sesama jiran sememangnya wajar diamalkan agar keharmonian hidup bermasyarakat dapat dicapai namun ada segelintir jiran ini tidak berbudi bahasa. Sudahlah meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang lain dan menghalang laluan, nombor untuk dihubungi jika ada kecemasan pula tidak ditinggalkan.

Tindakan menegur secara baik jiran yang suka meletakkan kenderaan motor di hadapan rumah orang lain ini akhirnya menemui jalan buntu kerana tidak mahu berbalah dan bermasam muka di kemudian hari. Namun, jika dibiarkan pasti akan timbul rasa sakit hati.

Awas letak kereta depan rumah jiran anda boleh dipenjarakan

Menyedari akan masalah meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang lain yang menghalang laluan ini bukanlah masalah remeh, Encik Syazwan Mohd Jafri yang merupakan seorang peguam hartanah berkongsi catatan di Facebook mengenai hak anda sebagai jiran teraniaya.

Menurut Encik Syazwan, sebagai jiran teraniaya, anda mempunyai hak di bawah undang-undang jika berhadapan dengan masalah seperti itu. Berikut adalah perkongsian ringkas daripada Encik Syazwan.

  1. Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.
  2. Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.
  3. Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.

Selain itu, menurut Encik Syazwan, sebagai jiran teraniaya, anda boleh menyaman jiran besar kepala ini di mahkamah dan mendapatkan Perintah Injuction (Perintah Halangan) agar si pelaku tidak meneruskan lagi salah laku tersebut.

Semoga perkongsian ini menimbulkan kesedaran buat kita semua agar sama-sama mengelak daripada melakukan kesalahan yang dianggap remeh yang akhirnya merugikan diri sendiri.

BACA:

Jadi punca kematian, usahawan pil kurus terkenal ditahan

Pengembara masa dedah Amerika akan dilanda Tsunami besar Mei 2023

Ini respon terkejut KJ selepas Dr Zaliha dilantik Menteri Kesihatan

CATEGORIES