Tak kerja kerajaan, mak mentua tak restu jadi menantu -“lagi seminggu nak bertunang”. Kisah percintaan sememangnya ada pahit dan manis. Pelbagai kisah yang kita boleh dengar dan ada juga yang boleh dikatakan sedih dan tak disangka sesetengah hubungan yang telah dibina lamanya terhenti di tengah jalan.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang telah ditolak cinta oleh teman wanitanya dan juga bakal ibu mentuanya sendiri.
Ingat nak buat kejutan dekat bakal tunang, rupanya diri sendiri kena kejutan dulu!
Video berdurasi 16 saat yang telah dikongsi di laman TikTok Ammar Izzuddin (@malikul_ammar) yang menunjukkan situasi lelaki tersebut menunggu ketibaan bakal tunangnya yang baru pulang dari Mesir.
Video tersebut boleh dilihat dia sedang memegang sejambak bunga dan kepingan kertas yang bertulis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai tanda suprise kepada bakal tunangnya.
Namun, apa yang diharap tidak terjadi. Bakal tunangnya pula yang buat kejutan terlebih dahulu kepada dia.
Ibu mentua tak restu sebab bukan kerja kerajaan
Kejutan yang tak disangka, dia terkedu seketika apabila mendapati bahawa teman wanitanya telah berubah fikiran untuk membatalkan pertunangan yang akan dilangsungkan seminggu sahaja lagi.
Tangkap layar perbualan di Whatsapp juga telah ditunjukkan di dalam video tersebut menyebut alasan teman wanitanya menolak cintanya kerana mak mentua nya tidak restu hanya kerana dia tidak kerja kerajaan.
“Saya rasa mungkin sampai takat sini ja kowt hubungan kita. Saya rasa mak tak redho kita laa sebab dia nak yang keje kerajaan gaji besar.”
Segala persiapan juga telah dilakukan namun kisah percintaannya terhenti di tengah jalan atas sebab tidak dapat restu bakal ibu mentuanya.
“Saya dah belikan baju dan sediakan semua dah untuk awak.”
Dah jumpa calon lain yang kerja kerajaan, terus kena block
Lebih menyedihkan apabila teman wanitanya mengatakan bahawa seorang kerani yang berkerja di sektor kerajaan akan meminangnya tidak lama lagi.
Malah, selepas itu lelaki tersebut kena block oleh teman wanitanya dan berakhir segala pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang mereka bersama.
“Mungkin ini ketentuan tuhan yang dah aturkan pertemuan kita.”
Netizen luah simpati, semoga jumpa jodoh yang lebih baik
Video tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan mendoakan supaya lelaki tersebut dipertemukan jodoh yang lebih baik.
@malikul_ammar tak sangka jadi macam ni #curang #pilihkasih #fyp @akademinikah.com ♬ Rumah Singgah – Fabio Asher
BACA:
Teruk kena hentam aniaya ejen sendiri, Neelofa dedah cerita sebenar
‘Boustead Naval bayar hutang lapuk guna duit projek LCS’, dedah PAC
Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh, “ada yang marah-marah dalam live nanti” – Netizen