‘Boustead Naval bayar hutang lapuk guna duit projek LCS’, dedah PAC

Boustead Naval bayar hutang lapuk guna duit projek LCS dedah PAC

‘Boustead Naval bayar hutang lapuk guna duit projek LCS’, dedah PAC. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diberitahu bahawa syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. membelanjakan sebanyak RM400 juta untuk projek lama iaitu projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) walhal ia sepatutnya untuk projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Untuk rekod sehingga 28 Oktober 2020, jumlah pembayaran yang dibuat kerajaan kepada BNS adalah sebanyak RM6.08 bilion untuk LCS, namun, tidak digunakan sepenuhnya.

Pengarah Program LCS syarikat BNS, Kepten Ir. Azhar Jumaat berkata, selain menyelesaikan hutang-hutang lapuk BNS, sebanyak RM305 juta lagi wang digunakan untuk keperluan fasiliti integrasi.

Justeru, katanya, sebanyak RM1.005 bilion diklasifikasikan sebagai kos lebihan dan telah dirujuk dan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: “Adakah RM6 bilion itu diguna sepenuh untuk pembiayaan projek ini (LCS) atau projek sebelumnya?”

Boustead Naval bayar hutang lapuk guna duit projek LCS dedah PAC'Boustead Naval bayar hutang lapuk guna duit projek LCS', dedah PAC

Azhar: “Ada lagi RM700 juta tambahan, jadi, kesemuanya lebih kurang RM1.4 bilion digunakan. Tetapi yang ini digunakan masih kepada projek LCS tetapi ia melebihi bajet asal yang ditawarkan kerajaan dalam skop siling RM9 bilion itu. Jadi, ini adalah isu dalaman pihak BNS.” katanya di dalam laporan prosiding PAC bertarikh 11 Disember 2021.

Kah Woh: “Saya rasa ini lebih kepada kelemahan pengurusan.”

Azhar: “Ya, memang ia satu isu pengurusan bermasalah, tetapi, diambil tindakan siasatan untuk pihak-pihak terlibat dalam proses membuat keputusan.”

Dalam prosiding berlainan pada 16 Disember 2020, Azhar berkata, BNS mempunyai masalah ketirisan wang yang parah tanpa aliran tunai yang sihat, telah mengganggu keseluruhan proses penyediaan rekaan terperinci dan production drawing LCS.

Ketika ini, rekaan terperinci projek LCS belum disiapkan atau dimuktamadkan oleh BNS.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman berkata, bayaran kepada NGPV adalah ‘kos lama’ yang terpaksa ditanggung apabila BNS menandatangani kontrak LCS.

Justeru, akibat melunaskan hutang menggunakan wang daripada sumber lain telah menyebabkan syarikat itu berdepan masalah aliran tunai.

“Jadi, kos lebihan termasuk hutang berkaitan dengan NGPV yang terpaksa ditanggung oleh BNS mengakibatkan adanya masalah dengan aliran tunai di BNS,” katanya menerusi laporan prosiding bertarikh 25 Januari 2022.

BACA:

Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh, “ada yang marah-marah dalam live nanti” – Netizen

Pesilat Kristian beri sebab kenapa pakai tudung

Adegan peluk ‘ghairah’ Aiman dan Diana dikecam, “dua2 laki bini orang”

CATEGORIES