Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh, “ada yang marah-marah dalam live nanti” – Netizen

Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh ada yang marah marah dalam live nanti Netizen

Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh, “ada yang marah-marah dalam live nanti” – Netizen. Sebut mengenai Chef Ammar pasti orang ramai cukup mengenalinya. Terkenal dengan tagline ‘masak dari hati’ serta masakan Nasi Arab berjaya membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang sehingga lebih 3 jam dalam mendapatkan masakannya.

Di sebalik keenakan masakan yang disajikan, beliau Chef Ammar juga nampaknya tidak terlepas daripada terpalit dengan kritikan pembeli. Terbaharu, beliau sekali masakan Restoran Chef Ammar sekali lagi menjadi perhatian apabila hidangan kunafa bersama keju dan sirap tular di TikTok.

Menerusi perkongsian TikTok @faruqyusof, lelaki ini memaklumkan beliau telah membeli dua kunafa dengan jumlah harga RM56. Walau bagaimanapun, servis Restoran Chef Ammar serta hidangan kunafa yang lembik dan rapuh membuatkan beliau tidak berpuas hati dengan pembeliannya.

Perkongsian lelaki ini turut meraih perhatian netizen yang mempersoalkan hidangan restoran yang mendakwa menggunakan bahan premium tersebut.

Terdapat netizen yang menyamakan kunafa yang dibeli seakan sama dengan kek Apollo manakala terdapat juga netizen yang memaklumkan pembelian beliau di restoran yang sama berjaya diterima dalam keadaan yang baik. Sementara itu, Chef Ammar turut memaklumkan agar lelaki ini menghubungi beliau untuk bertemu dengannya secara berdepan.

Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh, "ada yang marah-marah dalam live nanti" - Netizen

Setakat artikel ditulis, Chef Ammar masih belum memberi sebarang respon mengenai kunafa yang dijual di restorannya. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan sebaiknya dalam memberi keadilan buat para pembeli.

BACA:

Mizz Nina keluar kenyataan terbaru tentang hidupnya sekarang tanpa Noh

‘Dah bebas kanser, tudung pun terbang’

Adegan peluk ‘ghairah’ Aiman dan Diana dikecam, “dua2 laki bini orang”

 

CATEGORIES