Singgah tandas, dah 150 kilometer jalan baru sedar tertinggal isteri

Oleh INFORAKYAT

Singgah tandas, dah 150 kilometer jalan baru sedar tertinggal isteri. Seorang lelaki di Thailand secara tidak sengaja meninggalkan isterinya di tengah-tengah perjalanan semasa berhenti seketika untuk menggunakan tandas, sekali gus memaksa wanita berkenaan berjalan kaki lebih 19.31 kilometer (km), lapor laman berita NDTV semalam.

Boontom Chaimoon, 55 dan isterinya, Amnuay Chaimoon, 49, melakukan perjalanan dengan sebuah kenderaan pada Ahad lalu untuk menghabiskan cuti di kampung halamannya di wilayah Maha Sarakham.

Pasangan itu berada di dalam kenderaan tersebut sehingga si suami berasa perlu pergi ke tandas. Dia kemudian menghentikan kenderaannya di tepi jalan pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Bagaimanapun, isterinya turut melangkah keluar dari kereta dan memberanikan diri pergi ke tepi hutan berhampiran untuk membuang air kecil.

Singgah tandas, dah 150 kilometer jalan baru sedar tertinggal isteri

Namun, si suami yang kembali ke kenderaannya tidak menyedari bahawa si isteri masih belum muncul.

Sejurus kembali ke kenderaan, Amnuay tidak menemui kereta atau suaminya lalu menyedari Boontom telah pergi meninggalkannya bersendirian.

Dia juga tidak membawa telefon bimbitnya kerana ia disimpan di dalam beg yang ditinggal dalam kenderaan tersebut.

Memandangkan hari gelap, wanita itu sangat takut dan keliru sebelum memutuskan untuk berjalan kaki bagi mendapatkan bantuan.

Dia berjalan kira-kira 20 km sehingga sampai ke daerah Kabin Buri pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) dan dapat menghubungi polis tempatan yang memintanya menelefon suaminya.

Dalam pada itu, ketika sudah berada sejauh lebih 150 km, Boontom baru menyedari apa yang berlaku dan dia dengan pantas berpatah balik untuk mengambil isterinya.

BACA:

Bungkusan atas kereta tiba-tiba meletup sampai buat pelayan maut

Buat aduan kucing jiran selalu berak merata, sekali wanita ini cerita benda sebenar

Bekas suami Zarina Anjoulie kahwin wanita berpurdah, siap bagi ayat ‘pedas’ ini