Bekas suami Zarina Anjoulie kahwin wanita berpurdah, siap bagi ayat ‘pedas’ ini

Bekas suami Zarina Anjoulie kahwin wanita berpurdah siap bagi ayat pedas ini

Bekas suami Zarina Anjoulie kahwin wanita berpurdah, siap bagi ayat ‘pedas’ ini. Sekitar tahun lalu, Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Muhammad Eilyas Azhar pernah membuatkan media sosial kecoh dengan perseteruan panjang berkaitan k0nflik rumah tangga mereka.

Anju dan Eilyas telah mengejutkan ramai pihak memandangkan rumah tangga yang dibina hanya bertahan beberapa bulan sahaja.

Sejak kebelakangan ini pula, nama Zarina Anjoulie atau biasa disapa Anju kembali diperkatakan apabila tampil dengan teman lelaki baru. Hubungan percintaan mereka dikatakan mendapat restu daripada peminat apabila terlihat yang selebriti itu begitu bahagia.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @yasvger7_

Namun, menerusi perkongsian terbaru bekas suami Anju yang biasa disapa Yas itu, dia telahpun menamatkan zaman duda apabila telah dua minggu bernikah dengan wanita pilihannya.

Bekas suami Zarina Anjoulie kahwin wanita berpurdah siap bagi ayat'pedas' ini

Menurut lelaki terbabit di Instagram, isterinya itu menerima segala kekurangan diri dan sanyat bersyukur dipertemukan.

Dia turut meninggalkan sedikit pesanan dengan mengatakan sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita yang solehah. Jadi, dia mahu memanfaatkan masa, diri dan harta untuk kehidupan akhirat yang abadi.

Selebihnya, Yas berharap agar Allah S.W.T terus meredai perkahwinan kali ini dan sangat bersyukur apabila mereka dipertemukan kemudian bergelar pasangan suami isteri.

Menjengah ke ruangan Instagram, rata-rata warganet telah meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada lelaki berkenaan dan ada diantara mereka merasakan Yas membuat pilihan yang bijak.

Mereka turut mendoakan agar hubungan perkahwinanya terus bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

BACA:

Lelaki dari neraka – Rogol ibu dan adik kandung sendiri

Tarikh bantuan khas untuk orang kerja kerajaan diumum

Shila Amzah terasa macam kena sihir, rasa ada benda halus ganggu

CATEGORIES