Bungkusan atas kereta tiba-tiba meletup sampai buat pelayan maut

Bungkusan atas kereta tiba tiba meletup sampai buat pelayan maut

Bungkusan atas kereta tiba-tiba meletup sampai buat pelayan maut. Seorang pelayan maut selepas sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.55 malam.

Menurutnya, mangsa, 28, merupakan lelaki warga tempatan dikatakan memegang bungkusan berkenaan sebelum meletup.

Bungkusan di atas kereta meletup, tukang masak maut

Siasatan dijalankan mendapati terdapat satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet kereta mangsa jenis Toyota Corolla Altis.

Bungkusan atas kereta tiba tiba meletup sampai buat pelayan maut

“Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa kemudian dibawa orang awam ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam.

“Siasatan di tempat kejadian juga menemui beberapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemik pada kereta mangsa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

BACA:

Buat aduan kucing jiran selalu berak merata, sekali wanita ini cerita benda sebenar

Bekas suami Zarina Anjoulie kahwin wanita berpurdah, siap bagi ayat ‘pedas’ ini

Lelaki bawa kereta tayar tercabut tarik perhatian orang ramai

CATEGORIES