“Siap bawa jengkaut”! Keluarga ni bawa ayah berubat tanam pasir. Sudah menjadi lumrah orang ramai sanggup melakukan apa sahaja dalam usah memastikan yang tersayang dapat kembali sihat. Lebih-lebih lagi melibatkan ahli keluarga sendiri.
Terbaharu, tular menerusi TikTok @sueee_89 yang memperlihatkan ikhtiar keluarga mereka dalam membantu ayahnya pulih daripada strok dengan menanam kaki pesakit pada pasir pantai.
Lebih menarik perhatian ramai, keluarga ini berjaya mendapat khidmat daripada jentolak dalam memudahkan pasir dikorek bagi tujuan penanaman kaki.
Di sangka sekadar hoax, rata-rata netizen yang pernah melakukan kaedah ikhtiar ini buat keluarga mereka memaklumkan kaedah ini sedikit sebanyak berjaya membantu mereka yang mengalami strok.
Malah, terdapat netizen yang memaklumkan ayahnya sudah dapat berjalan semula dengan mengamalkan kaedah ini beserta berusaha mendapatkan rawatan menerusi fisioterapi.
Ayah boyfriend saya pun pernah lumpuh sampai tak boleh jalan. Lama sampai habis harta keluarga dia buat pergi berubat ayah dia. Salah satu cara diorang guna pun tanamkan ayah lam pasir pantai sampai tinggal kepala je jugak. Sekarang alhamdulillah dah boleh jalan bawak motor semua
Untuk pengetahuan, tidak sampai 24 jam video ini dimuat naik di TikTok, perkongsian wanita ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan yang rata-ratanya teruja untuk mengetahui keberkesanan kaedah penanaman kaki dalam pasir ini.
@sueee_89 #foryourpage ♬ original sound – AHMAD MUHAMMAD
BACA:
Sewa rumah pun tak mampu bayar dulu, kini gadis ini jadi paling kaya di Instagram
Anak Kak KM dah 8 bulan tak datang sekolah, cikgu sampai telefon minta hadir
12 tabiat lelaki bila masuk usia 40-an yang perempuan wajib tahu