Sewa rumah pun tak mampu bayar dulu, kini gadis ini jadi paling kaya di Instagram

Sewa rumah pun tak mampu bayar dulu, kini gadis ini jadi paling kaya di Instagram

Sewa rumah pun tak mampu bayar dulu, kini gadis ini jadi paling kaya di Instagram. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan…

Apabila melakukan sesuatu perkara lakukanlah dengan sepenuh hati, capai apa yang perlu dicapai untuk menempa kejayaan. Inilah yang sesuai penulis ibaratkan dengan kehebatan Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach. Sebelum berjaya bergelar Miss Universe 2015 dia terlebih dahulu tidak putus asa menyertai pertandingan Miss Universe Phillipines sebanyak tiga kali sebelum bergelar juara.

Tahun pertama penyertaannya pada 2013 dia berada di kedudukan first runner-up dan pada 2014 pula dia terpaksa berpuas hati sekadar berada di peringkat top 15. Hanya pada penyertaannya kali ketiga dia berjaya menjuarai pertandingan tersebut dan kemudiannya menjadi wanita Filipina ketiga memenangi gelaran Miss Universe.

Kemenangan tersebut banyak mengubah kehidupan wanita berusia 33 tahun ini. Daripada sekadar seorang pelakon tambahan dan model picisan yang dibayar dengan jumlah yang tidak lumayan dia akhirnya menjadi salah seorang selebriti terkenal yang mengaut keuntungan jutaan tinggit setahun.

Mengimbau kembali memori lalu, Pia berkongsi perkara itu dalam satu temubual. “Saya sangat ingat kepayahan hidup sebelum memenangi Miss Universe. Ketika itu kerja-kerja yang ada hanyalah kerja yang tidak seberapa. Saya tidak ada tempat tinggal sendiri jadi saya menumpang rakan.

Sewa rumah pun tak mampu bayar dulu, kini gadis ini jadi paling kaya di Instagram

“Dan ada juga waktu yang saya perlu tidur dalam kereta bersama anjing saya. Saya masih ingat ketika pertama kali menyertai Miss Universe Phillipines, saya tidak sangka yang proses temu duga sangat panjang. Saya tiada duit hendak makan dan sangat lapar. Nasib baik waktu itu ada peserta lain yang membelikan saya makanan. Walaupun itu mungkin perkara kecil bagi mereka, namun jasa tersebut saya kenang sehingga kini,” ujarnya panjang.

SELEBRITI FILIPINA PALING KAYA DI INSTAGRAM

Kini setelah melalui segala kepayahan di dalam hidup. Wanita cantik ini boleh menarik nafas lega apabila kehidupannya berubah selepas menjuarai Miss Universe 2015. Sediki demi sedikit namanya mendunia dan menjadi antara Miss Universe yang paling diingati.

Terbaharu dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Net Credit, Pia disenaraikan sebagai selebriti Filipina paling kaya di Instagram. Dia menerima bayaran dengan anggaran berjumlah USD3.66 juta untuk kempen-kempen yang dilakukan untuk jenama yang melantiknya sebagai social media influencer dengan memuat naik barangan dan khidmat mereka di Instagram peribadinya.

Walaupun jumlah ini hanyalah jumlah anggaran yang dikeluarkan berdasarkan hantaran yang dilakukan selebriti dan ratu cantik terkenal ini, ternyata kehidupannya sudah berubah 360 darjah. Dari terpaksa tidur dalam kereta kerana tiada wang untuk membayar sewa rumah kepada menjadi pemilik sebuah rumah mewah. Hebat!

BACA:

Anak Kak KM dah 8 bulan tak datang sekolah, cikgu sampai telefon minta hadir

12 tabiat lelaki bila masuk usia 40-an yang perempuan wajib tahu

Pakar MET dedah tiga hari akan datang waktu sangat kritikal

CATEGORIES