Shakira bakal dihumban ke penjara hanya sebab ini. Hakim Sepanyol pada Selasa meluluskan perbicaraan ke atas penyanyi pop Colombia, Shakira atas tuduhan penipuan cukai.
Pendakwa raya Sepanyol menuduh penghibur itu pada 2018 gagal membayar cukai berjumlah 14.5 juta euro ke atas pendapatan yang diperoleh antara 2012 dan 2014.
Pendakwa raya menuntut hukuman penjara lapan tahun dan denda yang tinggi jika dia didapati bersalah mengelak cukai.
Shakira, 45, telah berulang kali menafikan sebarang salah laku dan menolak perjanjian dengan pihak berkuasa untuk mengelak daripada dibicarakan.
Firma perhubungan awamnya mengatakan bahawa dia telah membayar semua hutangnya dan faedah tambahan sebanyak 3 juta euro.
Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.
Kes itu bergantung pada tempat tinggal Shakira pada 2012 hingga 2014.
Pendakwa raya di Barcelona mendakwa pemenang Grammy itu menghabiskan lebih separuh daripada tempoh itu di Sepanyol dan sepatutnya membayar cukai di negara itu, walaupun kediaman rasminya berada di Bahamas.
Shakira, yang nama penuhnya Shakira Isabel Mebarak Ripoll, telah dikaitkan dengan Sepanyol sejak dia mula berpacaran dengan pemain bola sepak Gerard Pique.
Pasangan itu, yang mempunyai dua anak, pernah tinggal bersama di Barcelona tetapi baru-baru ini memutuskan hubungan mereka yang terjalin selama 11 tahun.
Sepanyol telah bertindak keras terhadap bintang bola sepak seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sejak sedekad lalu kerana tidak membayar cukai sepenuhnya.
Kedua-dua pemain bola sepak itu didapati bersalah mengelak cukai dan menerima hukuman penjara yang boleh diketepikan bagi pesalah kali pertama.
BACA:
Pasangan kekasih kena sambar petir dalam khemah, ditemui berduaan
Gadis sekolah beli Honda Civic cash jadi bualan, ini rupanya kerja dia buat