Pasangan kekasih kena sambar petir dalam khemah, ditemui berduaan

Pasangan kekasih kena sambar petir dalam khemah ditemui berduaan

Pasangan kekasih kena sambar petir dalam khemah, ditemui berduaan. Malang tidak berbau buat sepasang kekasih yang berdua-duaan di dalam sebuah khemah di wilayah Banten apabila disambar petir sehingga meragut nyawa salah seorang daripada mereka, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian pada Jumaat lepas itu dilaporkan berlaku di sebuah lokasi pelancongan popular di Bukit Waruwangi.

Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, pasangan lelaki dan wanita itu membina khemah di bawah pokok sebelum hujan turun dengan lebat dan disertai petir.

“Menurut keterangan saksi, kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), mereka terdengar bunyi dentuman petir di sekitar khemah mangsa.

“Apabila menghampiri khemah tersebut, saksi mendapati ia sudah rosak.

Pasangan kekasih kena sambar petir dalam khemah, ditemui berduaan

“Selepas diperiksa keadaan di dalam khemah, seorang lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kedudukan terlentang,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Cilegon, Iptu Sigit Dermawan.

Seorang daripada mangsa dilaporkan cedera, manakala seorang lagi maut di tempat kejadian.

BACA:

Gadis sekolah beli Honda Civic cash jadi bualan, ini rupanya kerja dia buat

Hanya beri nafkah anak RM5K, bekas isteri DDNK mengeluh di facebook

Gagal bayar RM3.93 juta, Zamsaham saman KAFA

CATEGORIES