“Selamat ada CCTV”, isteri masukkan peluntur dalam minuman suami. Jika rumah tangga sudah tidak bahagia, perpisahan mungkin menjadi jalan keluar terakhir yang boleh dibuat oleh sepasang suami isteri. Andai cuba bertahan sampai 10-50 tahun sekalipun, persoalannya sampai bila?
Suami pelik tiba-tiba kesihatan merosot selama berbulan-bulan
Bagi kisah mengejutkan yang berlaku California ini, siapa menduga seorang isteri, Dr Yue Yu (45 tahun) sanggup melakukan sesuatu kepada suaminya sendiri. Awalnya, Dr Jack Chen (53 tahun) merasa pelik kerana kesihatannya merosot selama berbulan-bulan. Hasil pemeriksaan mendapati beliau didiagnosis mengalami gastrik teruk dan keperitan esofagus.
Lepas pasang CCTV, tak sangka lihat isteri tuang bahan kimia dalam air
Kerana merasa curiga, dia diam-diam memasang CCTV di dapur tanpa pengetahuan sesiapa. Apa yang disyaki selama ini benar belaka, Yue Yu yang merupakan seorang pakar dermatologi dilihat sedang menuang cecair kimia (peluntur longkang) ke dalam minuman Dr Jack.
“Dia angkat tong cecair pembersih longkang tu, dia tuang dalam cawan, rapatkan penutup & simpan balik tong tu bawah singki macam takde apa-apa terjadi”
Isteri nafikan semua dakwaan & tegaskan pertuduhan suami sebagai palsu
Kerana merasa tidak selamat, Dr Jack segera membawa 3 bukti rakaman ke balai polis dan isterinya akhirnya ditahan. Sudah memfailkan perpisahan dan larangan berjumpa, dia selaku ayah menuntut hak jagaan kerana enggan 2 orang anaknya dibesarkan dengan ibu sebegitu. Dr Yue bagaimanapun menafikan semua dakwaan, malah kini kedua-dua masih dalam proses turun naik mahkamah untuk perbicaraan lanjut.
@7sinscrime Gluttony: Do people forget divorce is an option 😳 #truecrime #truecrimetiktok #fyp ♬ Crime Investigation – underscore version 3 – oceanviewmusic
BACA:
Jep dedah perangai sebenar Sari Yanti di rumah buat semua terkejut
Netizen puji 2 gadis ni tolong bapa jual habis 2 ekor lembu, “tapi ada benda lain yang terperasan..”
“Dusuki dengki la tu!”, Ustaz Pas kena kecam selepas marah Anwar ceramah dalam masjid