Jep dedah perangai sebenar Sari Yanti di rumah buat semua terkejut

Jep dedah perangai sebenar Sari Yanti di rumah buat semua terkejut

Jep dedah perangai sebenar Sari Yanti di rumah buat semua terkejut. Setiap kali beraksi dengan pelakon atau artis wanita yang lain di atas pentas, pelawak Jep Sepahtu sering sahaja selagi boleh cuba untuk tidak berlebihan. Jika ada babak yang hampir bersentuhan, penyampai radio tersebut pasti mula gelabah selain sempat berseloroh si isteri, Sari Yanti pasti sudah memerhatikan kelakuannya itu menerusi siaran TV.

Sekarang bahagia dengan lima anak

Lebih 5 tahun bergelar suami isteri, pasangan selebriti ini memang tidak pernah terpalit dengan gosip yang bukan-bukan mengenai rumah tangga mereka. Malah hasil penyatuan itu, mereka telah pun dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan juga Abu Bakr. Dua zuriat hasil perkahwinan Sari yang terdahulu iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq turut tinggal bersama.

Jep dedah perangai sebenar Sari Yanti di rumah buat semua terkejut

Alhamdulillah 38 tahun hari ini

Terbaru hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Sari yang ke 38 tahun. Ketika ditemubual rakan penyampai di Sinar FM, Jep mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan ucapan cukup istimewa. Jelasnya lagi, tahun ini dia tidak berkesempatan untuk melakukan sebarang kejutan kerana kekangan masa. Ditanya jika wanita itu seorang yang meminta-minta, pelawak tersebut dengan pantas menjawab isterinya adalah sangat menyenangkan serta memudahkannya sebagai seorang suami.

Nampak Jep sayang gila kat Sari Yanti…Suka sangat tengok wajah dia lembut je
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu mendengar ucapan yang diberikan Jep kepada suri hatinya tersebut. Dalam pada itu, ramai juga mengambil kesempatan berkenaan untuk tinggalkan ucapan sempena ulang tahun Sari Yanti.

@sariyantimn alhamdulillah 38 tahun hari ni. Ya Allah redhailah dan rahmatilah Sari Yanti dari dunia hingga akhirat 🤲amin.. terima kasih semua yang mendoakan. @Jeptapan #sari #jepsepahtu #sari38 #fypシ #fyp #jepsari ♬ original sound – SARIYANTIMN

BACA:

Netizen puji 2 gadis ni tolong bapa jual habis 2 ekor lembu, “tapi ada benda lain yang terperasan..”

“Dusuki dengki la tu!”, Ustaz Pas kena kecam selepas marah Anwar ceramah dalam masjid

Farid Kamil jadi Anwar Ibrahim, Acha jadi Wan Azizah – “Tak sabar tengok filem ni!”

CATEGORIES