Royal Floria Putrajaya rayu pengunjung jangan ambil bunga bawa balik. Pihak penganjur Royal Floria Putrajaya memohon agar para pengunjung tidak bertindak dengan mengambil sebarang jenis pokok bunga yang berada di Anjung Floria.
Memetik hantaran Royal Floria Putrajaya menerusi laman Facebook milik mereka, ia bagi membolehkan para pengunjung yang akan hadir ke acara tersebut juga dapat menikmati keindahan dan kecantikan bunga-bungaan yang masih dipamerkan disana.
Dalam pada itu, mereka juga memaklumkan bahawa Royal Floria Putrajaya 2022 akan disambung sehingga 11 September ini untuk memberi ruang dan peluang kepada sesiapa yang masih belum sempat untuk hadir dan ber’OOTD’ di floria.
“Susulan pengumuman oleh YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, Floria Diraja Putrajaya 2022 akan dilanjutkan sehingga 11 September 2022 (Ahad) bersempena minggu cuti sekolah,” tulis mereka.
Menariknya, kemasukan adalah percuma bermula 7 September lalu dan dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi sehingga 10 malam.
Banyak kompenan dan pameran menarik yang boleh dikunjungi seperti Taman Diraja, Taman Keluarga Malaysia, Taman PPJ dan banyak lagi.
BACA:
Man Raja Lawak cerita perangai sebenar Tauke, ‘letih asyik kena sidai’
Boleh dipenjara jika anjur main kutu
Ibu muda usia 25 tahun lahirkan kembar sembilan, mengah doktor nak sambut