Ibu muda usia 25 tahun lahirkan kembar sembilan, mengah doktor nak sambut

Ibu muda usia 25 tahun lahirkan kembar sembilan, mengah doktor nak sambut

Ibu muda usia 25 tahun lahirkan kembar sembilan, mengah doktor nak sambut. Wanita 25 tahun berjaya lahirkan bayi kembar sembilan, Empat bayi lelaki dan lima bayi perempuan. Sungguh menakjubkan.

Setiap wanita akan berasa sempurna apabila mereka dapat menghadiahkan zuriat buat suami tercinta. Walau bagaimanapun melahirkan bayi kembar adalah tidak semudah yang disangka dan ibu berdepan dengan pelbagai risiko kesihatan.

Sebaik sahaja mengetahui mengandung bayi kembar, rata-rata pasangan pastinya cukup teruja dan tidak sabar untuk melakukan pelbagai persediaan sehingga ada yang sering melakukan imbasan pada kandungan.

Kisah benar wanita melahirkan bayi kembar sembilan

Bagaikan sedang bermimpi, seorang wanita warga Mali telah mengejutkan seluruh negara apabila dia selamat melahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi beberapa hari lalu.

Ibu muda usia 25 tahun lahirkan kembar sembilan, mengah doktor nak sambut

Berdasarkan keterangan oleh jurucakap kerajaan negara terbabit, walaupun masih belum mengesahkan kejadian sangat luar biasa itu, kesemua sembilan bayi kini berada dalam keadaan sihat.

Ibu muda usia 25 tahun lahirkan kembar sembilan, mengah doktor nak sambut

Terdahulu pihaknya telah menghantar wanita berusia 25 tahun berkenaan, Halima Cisse dari utara negara Afrika Barat ke Maghribi pada 30 Mac lalu bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Pada mulanya, dia mendapati bahawa dirinya mengandung bayi kembar tujuh. Setelah bersalin seramai sembilan orang bayi berjaya keluar dari rahimnya.

Ibu muda usia 25 tahun lahirkan kembar sembilan, mengah doktor nak sambut

Kes wanita melahirkan kembar tujuh adalah jarang berlaku. Apatah lagi kali ini membabitkan kembar sembilan. Ia adalah kejadian yang sangat luar biasa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Mali berkata, Cisse telah melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki melalui kaedah pembedahan caesarean.

”Setakat ini ibu dan kesemua bayi dalam keadaan baik-baik sahaja.” kata Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby.

Tambahnya lagi, dia sentiasa menerima maklumat terkini daripada seorang doktor Mali yang telah menemani Cisse ke Maghribi. Mereka dijangka pulang dalam masa beberapa minggu lagi.

Risiko mengandung dan melahirkan bayi kembar

Sememangnya setiap kehamilan memiliki risikonya tersendiri, lebih-lebih lagi jika ibu yang mengandung bayi kembar. Komplikasi adalah lebih tinggi berbanding dengan kehamilan biasa

BACA:

KWSP diminta beri kebenaran untuk ahli tidak aktif keluar duit

Bapa Puteri Balqis tampil jawab, “saya tak sekeji itu!”

Guna alasan letih, Konsert Justin Bieber ditangguhkan, ‘peminat Malaysia gigit jari’

CATEGORIES