Man Raja Lawak cerita perangai sebenar Tauke, ‘letih asyik kena sidai’

Man Raja Lawak cerita perangai sebenar Tauke letih asyik kena sidai

Man Raja Lawak cerita perangai sebenar Tauke, ‘letih asyik kena sidai’. PELAWAK Man Raja Lawak berkata dia enggan lagi bergandingan dengan Tauke Jambu dalam mana-mana program lawak selepas ini.

Kata Man, dia serik bekerjasama dengan Tauke selepas mereka disatukan dalam program Maharaja Lawak Mega pada tahun 2018.

“Tauke ni kalau bekerja memang bagus, idea bagus, komitmen pun bagus cuma yang kurangnya selalu buat kawan menunggu lama.

“Kalau masa pertandingan memang kena fikir sebab banyak masa terluang lain yang boleh dilakukan, tapi sekiranya perlu menunggu masa… itu satu bebanan buat saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Man berkata hubungannya bersama Tauke masih berjalan baik dan bukanlah seperti diperkatakan oleh segelintir pihak kononnya mereka tidak bertegur sapa.

Man Raja Lawak cerita perangai sebenar Tauke'letih asyik kena sidai'

“Saya dengan Tauke okay saja, selalu mesej cuma kalau untuk melepak sekali memang agak sukar sebab faktor masa kurang sesuai… kalau bukan bab kerja kami memang okay,” jelasnya.

Untuk rekod Man dan Tauke pernah menyertai program Maharaja Lawak Mega 2018 membentuk kumpulan Taman.

Dalam Maharaja Lawak Mega 2019, Man bersama kumpulan Puteh dan untuk Muzikal Lawak Superstar musim ketiga Man membentuk kumpulan OOD bersama Zahid dan Chiwan.

VIDEO:

Komen netizen :

BACA:

Netizen pelik Leona boleh duduk sebelah pilot, akhirnya terbongkar…

Adik umur 14 tahun menangis jadi wali nikahkan kakak sendiri

Lelaki melopong tengok isi durian Black Thorn RM117 dibelinya

CATEGORIES