‘Pembunuh sempat lepak luar cafe lepas tinggal beg mayat budak 12 tahun’

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

‘Pembunuh sempat lepak luar cafe lepas tinggal beg mayat budak 12 tahun’. Dua individu di Perancis telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Lebih mengejutkan apabila mayat mangsa ditemui di dalam beg pakaian yang diletakkan di luar sebuah kafe.

Mayat dalam beg pakaian

Mangsa yang dikenali dengan nama Lola Daviet dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya yang terletak di 19th Arrondissement iaitu beberapa meter dari lokasi penemuan mayatnya. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan hasil siasatan awal mendapati, kehilangan Lola terdapat unsur penculikan. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Lola memasuki bangunan apartmen bersama seorang wanita sekitar 3:20 petang iaitu selepas pulang dari sekolah.

Sekitar 2 jam kemudian, ada seorang saksi mendakwa terlihat suspek menyeret beg pakaian keluar dari bangunan tersebut sebelum diletakkan di tepi jalan raya berhampiran.

Wanita itu berjalan di sekitar bangunan bersama beg pakaiannya kira-kira 5 petang, malah sempat meninggalkan beg itu di luar kafe, selain ke seberang jalan untuk membeli croissant, seperti tiada apa-apa berlaku.

'Pembunuh sempat lepak luar cafe lepas tinggal beg mayat budak 12 tahun'

Dua suspek ditahan

Ternyata, beg pakaian itu berisi mayat Lola yang sudah diikat. Lebih mengejutkan apabila suspek wanita yang berusia 24 tahun itu selamba membeli roti croissant selepas membunuh Lola. Hasil pemeriksaan mendapati, mayat Lola mengalami kesan luka pada tekak dan dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas. Bukan itu sahaja, dada mangsa juga telah dicetak nombor ‘1’ dan ‘0’.

Susulan daripada penemuan mayat Lola, suspek wanita telah ditahan bagi kesalahan membunuh, rogol dan menyeksa mangsa. Seorang lagi suspek (lelaki) turut ditahan kerana disyaki terlibat dengan membantu membawa mayat Lola menggunakan keretanya. Difahamkan, suspek utama dilaporkan menganggur, tinggal di jalanan dan mengalami “masalah psikiatri” yang teruk. Menurut sumber, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

BACA:

Phuket kini dilanda banjir besar, ranap semua tempat pelancongan

Ramai terkejut tahu umur sebenar Atikah Suhaime

Kisah disebalik kicap Cap Udang yang ramai tak tahu