Netizen dedah siapa sebenarnya Cleopatra, calon parlimen Batu

Oleh INFORAKYAT

Netizen dedah siapa sebenarnya Cleopatra, calon parlimen Batu. Cleopatra atau nama penuhnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin merupakan salah seorang graduan dalam bidang pendidikan dan kini aktif dalam kegiatan perniagaan. Beliau yang berusia 28 tahun merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anaknya dan juga mengalas tanggungjawab sebagai ketua kepada semua keluarganya.

Beliau yang kini mula mengaktifkan dirinya dalam dunia politik, mengambil tempat untuk bertanding atas tiket calon bebas bagi pilihanraya parlimen pru-15 bagi kawasan Batu.

Berdasarkan perkongsian, Cleopatra mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri keselamatan dan pertahanan selain turut terbabit secara langsung sebagai individu utama dalam perancangan bidang berkenaan meskipun pendidikannya pernah terhenti kerana berkahwin di usia muda.

Dia juga merupakan Pengarah Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd yang dilantik pada 2021 sehingga kini di samping menyandang jawatan sebagai Pengarah Nova Defence Sdn Bhd sejak 2019.

Netizen dedah siapa sebenarnya Cleopatra, calon parlimen Batu

Malah kesibukan diri dalam tugasan harian, tidak menghalang anak kelahiran Pulau Pinang ini terlibat dengan kerja-kerja amal seterusnya menjadi pengasas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Antaranya Pertubuhan Tindakan Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Hetero Action Women Alliance (Hawa).

Difahamkan sebelum menubuhkan Hawa, dia banyak terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial serta pernah menyelesaikan pelbagai isu mahupun keperluan rakyat tanpa mengira bangsa, agama.

137062641_419286849216740_3894850632550479987_n

Nama : Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin
Nama panggilan : Cleopatra
Umur : 28 Tahun
Status : Ibu kepada 2 anak
Laman social Ig : Nur Fathiah Syazwana

BACA:

Netizen perli Fauziah Gous, “kena bijak jaga aib sendiri”

Netizen kata muka Chombi berkilat macam minyak tumpah

“Selamat ada CCTV”, isteri masukkan peluntur dalam minuman suami