Netizen kata muka Chombi berkilat macam minyak tumpah

Netizen kata muka Chombi berkilat macam minyak tumpah

Netizen kata muka Chombi berkilat macam minyak tumpah. Sejak kebelakangan ini, lagu berjudul Sayunk I Love You mencetuskan fenomena luar biasa terutama di kalangan pengguna aplikasi TikTok. Bukan itu sahaja, bahkan pemilik suara tersebut iaitu Chombi juga menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, penyanyi berusia 15 tahun itu hadir ke sebuah program Malaysia Hari Ini (MHI) bagi mempromosikan lagunya selain meluankan rasa tidak sangka kerana ia menjadi tersohor termasuk pendengar di Indonesia.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, Chombi yang juga anak kepada penyanyi Harry Khalifah dilihat sempat mendendangkan lagu tersebut secara langsung.

@syafiq.cools #chombi #mhitv3 #fypviraltiktok ♬ Sayunk I Love You – Chombi

Gementar pun suara masih sedap macam recording

Netizen kata muka Chombi berkilat macam minyak tumpah

Pemilik nama Siti Maryam ini mendapat pujian ramai apabila suaranya dikatakan sama seperti dalam rakaman video tersebut walaupun menyanyi secara siaran langsung.

Tapi, muka tu pakai produk apa? Bercahaya betul

Netizen kata muka Chombi berkilat macam minyak tumpah

Walaupun ramai memberikan pujian, namun masing-masing memberikan komen terhadap wajahnya yang bersinar sehingga membuatkan mereka tertanya akan produk kosmetik atau penjagaan muka dipakai oleh Chombi.

Ada minyak tumpah ke?

Netizen kata muka Chombi berkilat macam minyak tumpah

Tidak kurang juga ada yang mengatakan muka Chombi yang bersinar itu seperti minyak yang tertumpah dengan banyak kerana dilihat sangat berkilat.

Spray atau polish muka tu?

Netizen kata muka Chombi berkilat macam minyak tumpah

Tak kisahlah muka berkilat seperti lori minyak tumpah sekalipun, asalkan orangnya sedap dan suara tidak menyakitkan telinga, sudah cukup. Mana tahu nanti ada rezeki jadi pelakon pulak? Atau dicalonkan ke Anugerah Juara Lagu atau Muzik-Muzik?

BACA:

Jep dedah perangai sebenar Sari Yanti di rumah buat semua terkejut

Kajian dedah wanita secara tak sedar mudah jatuh cinta kepada lelaki tegas

“Selamat ada CCTV”, isteri masukkan peluntur dalam minuman suami

CATEGORIES