Neelofa dilihat naik wheelchair, netizen syak mengandung lagi..

Oleh INFORAKYAT

Neelofa dilihat naik wheelchair, netizen syak mengandung lagi. Tidak dapat dinafikan, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor sentiasa menjadi bualan dan perhatian ramai kerana sering memberi inspirasi dalam perniagaan dan sebagai seorang muslimah.

Namun begitu, baru-baru ini, tular pula sebuah video yang memaparkan Neelofa memakai kerusi roda yang dipercayai berada di Brunei telah mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.

Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @seorangnur di laman TikToknya, kelihatan suaminya, Haris Ismail sedang menolak kerusi roda yang dinaikinya.

@seorangnur Alhamdulillah Nunha dah sampai Brunei 🇧🇳 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi

“Alhamdulilah Nunha dah sampai Brunei,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.

Neelofa dilihat naik wheelchair, netizen syak mengandung lagi..

Neelofa sakit ke?

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kebimbangan mereka apabila melihat keadaan Neelofa yang tidak pernah menggunakan bantuan tersebut untuk berjalan berbanding dengan sebelum ini.

Neelofa mengandung anak kedua?

Malah, netizen turut menimbulkan spekulasi dimana berkemungkinan selebriti yang berusia 33 tahun itu sedang hamil anak kedua dan disebabkan itulah dia memilih menggunakan kerusi roda bagi mengurangkan pergerakan untuk menjaga kandungannya.

Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan dakwaan netizen itu masih menjadi tanda tanya kerana tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa dan Haris mengenai perkara tersebut.

Sekadar info, Neelofa telah telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Muhammad Bilal.

BACA:

Anuar Zain belanja gambar tengok live di World Cup Qatar, “dekat gila seat dia!”

Buah pinggang wanita ini hilang separuh selepas diurut

Kepimpinan tertinggi PDRM buat kunjung hormat ke pejabat Anwar