Kepimpinan tertinggi PDRM buat kunjung hormat ke pejabat Anwar

Kepimpinan tertinggi PDRM buat kunjung hormat ke pejabat Anwar

Kepimpinan tertinggi PDRM buat kunjung hormat ke pejabat Anwar. Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi.

Kunjungan turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia yang julung kali diadakan selepas pelantikan Dato’ Seri Anwar sebagai PM ke-10 pada 24 November lalu.

Pertemuan yang diadakan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

BACA:

Sharifah Rose jadi tumpuan warganet selepas kongsi cara make-up, “sumpah lawa giler!”

Orang suka buat sepah rupanya seorang yang genius, ini 7 lagi tanda

Kes dadah: Farid Kamil terlepas hukuman penjara 4 tahun

CATEGORIES