Nabil, Jihan dan Kak Lina akan bergabung. Peminat Gegar Vaganza musim ke9 (GV9) meluahkan cadangan untuk gabungkan tiga pengacara, Nabil Ahmad, Elly Mazlein serta Jihan Musa pada musim ke-10 nanti.
Cadangan tersebut mungkin dikeluarkan selepas melihat ketiga-tiga pengacara tersebut mempunyai ‘stail’ tersendiri ketika mengacarakan program terbabit.
Tinjauan Kosmo! di laman sosial Twitter menyaksikan ramai peminat rancangan tersebut meluahkan cadangan itu bertujuan memeriahkan lagi program pilihan ramai itu.
“Aku rasa tahun depan perlu bertiga la host, macam sayang nak singkirkan Kak Lina sebagai pengacara,” tulis @saripah n_m.
“Apa salahnya kalau gabungkan saja ketiga-tiga pengacara ini, bagi aku lagi menarik. Nabil ada kelebihan dia, Jihan dengan Kak Lina pun sama,” ujar @Mat Guam.
“Lebih menarik lagi kalau digabungkan ketiga-tiga mereka, tengok apa jadi meletup atau tidak. Bukan tak boleh buat kan Astro, janji rangkin naik,” kata @mas_89.
Kata seorang pengguna media sosial, dia tidak kering gusi ketawa malam ini.
‘Ini GV9 atau Maharaja Lawak ni,’ jelasnya.
Terdahulu, Elly Mazlien atau Kak Lina Pom Pom telah menggantikan Jihan Musa sebagai pengacara selepas pelawak itu melahirkan bayi beberapa bulan yang lalu.
BACA:
Tauke burger sekolahkan balik netizen lepas dikutuk guna nama sendiri buat ‘brand’
Netizen puji Puteri Balqis, ‘lembut dan merendah diri je..’
Sekumpulan tentera menari dengar lagu Tokti jadi perhatian dunia